Sekejap je masa berlalu.. Tahun depan , 40 dah usia aku . Walaupun ada yang kata macam tak nampak je tapi aku senantiasa peringat diri yang kubur dah melambai lambai ! Huhuhuh.. Maka persiapkanlahh.. jangan leka dengan duniawi ! Huhuh..
Alhamdulillah.. Syukur pada Allah , kerana panjangkan usia aku dan murahkan rezeki aku di kala usia begini. Walaupun tak bekerja di pejabat , namun rezeki aku di dalam dunia blog , murah. Berkat doa rakan rakan seperjuangan di dunia maya ini juga.
Banyak yang perlu aku perbaiki di usia 40 tahun nanti. Dah tak leh anggap diri ni muda belia. Terlalu banyak kerugian masa. Leka dan lalai .. huhu.. Semoga di usia 40 nanti , aku akan perbaiki diri.. InshaAllah.
Ahaa.. buat rakan rakan , jutaan terima kasih atas ucapan dan ingatan. Ada yang nak belanja makan.. aku segan nak terima woo ! Sebab harijadi mereka aku tak buat apa apa pun.. kan ? Memadai dengan ucapan dan doa kesejahteraan buat aku dan keluarga. Tu dah jauh lebih berharga !
Moga di usia 4o nanti , blog aku ni akan lebih mantap dari segi infomasi dan penyampaian. Maklumlah , anak-anak pon dah besar.. Zahra pon boleh adik sorang dah kan ? InshaAllah.. Bizi aku nanti.. huhu..
SELAMAT HARI LAHIR BEN ASHAARI !