Kali pertama aku beli ! Biasanya dok dengar orang kirim jer.. Dan akhirnya , aku melaburkan jugak duit aku di zaman GST ni ke HARD ROCK dengan harapan ianya berbaloi !
Di Hard Rock Hotel Penang , segalanya cukup sempurna sehinggalah malam tadi.. ketika aku mengambil gambar baju yang aku beli ni untuk dibuat entri kenang kenangan.. Hehehe.. Baju mahal ni bosss ! Mahal bagi aku laa.. Aku bukan orang kayaa !
Ketika aku memilih jaket ni , aku tak tengok la dia buatan mana. Aku tak kisah pon. Kain sedap dah.. Size ok dah ! Aku sarung ke badan aku , segalanya ok !
Harganya ! Fuh… butakan jap mata demi minat !
Balik rumah.. aku nak gantung baju ni ke dalam almari bersama sama jaket aku yang lain.. Hehehhe.. Koleksi jaket skang ni ! Leh guna g mana mana event yang gempak gempak.. heheheh..
Depan gini rupanya.. Cun , kan ?
Dan belakangnya pulak , gini rupanya..
Cun kan ? Haaaa.. Tiba-tiba mata aku tertangkap sesuatu..
Aku zoom kan mata aku..
MADR ??? Bukan ke patutnya ejaan MADE ? Hurmm.. Takkan memang gini dia punya style ? Ke typo ? Tapi kalau typo takkan dijual dengan harga yang mahal gak ? Hurm..
Ok.. aku google.. Apakah memang gitu ejaannya ! Dan aku jumpa satu gambar dari satu blog kawan ni ..
MADE ! Hurmmm… Terus hilang mood aku untuk buat koleksi baju Hard Rock , tersimpan kemas di dalam dada ! Aku kumpul baju Cheetah je la pasni ..
TERKINI : Beberapa jam selepas aduan ‘rasmi’ dibuat , Pihak Hard Rock Hotel Penang membalas melalui email. Sila baca di Balasan dari Hard Rock Hotel Penang.