Terkedu ? Perlu ke aku terkedu atau terasa bila ada orang kata yang blogger ni lebih pada suka menabur fitnah dan gossip liar semata mata ! Paling tidak pon , mereka ni jenis suka menulis mengarut ngarut !
Yup.. banyak kali aku baca terutama dia komen komen fan page yang popular ! Tapi persoalannya , perlukah aku dan rakan rakan seperjuangan aku terasa dan sentap ??
Aku tak nafikan memang wujud blogger jenis gitu ! Tujuan utama adalah untuk menarik trafik ke blognya dan menjana pendapatan melalui banner iklan diletakkan di blognya. Tapi dia terlupa soal keberkatan ! Er , atau dia tak kisah langsung mengenai keberkatan ?? Kot ? Ke tak tau ? Hurmm..
Aku ? Hurm... Aku tak kisah pon apa diorang nak kata.. Kenapa ? Sebab aku tau apa yang aku buat. Selagi mana aku tak buat seperti mereka tuduh tu , aku cool jer ! Kenapa perlu aku sentap , kan ? Hakikat ! Dalam setandan pisang , bukan semua cun buahnya.. kan kan ?
Kita nak nasihat pada blogger yang jenis tak kisah soal keberkatan ni pon , payah gak.. Kang dia sekolahkan kita balik.. Apa yang boleh , berdoa agar satu hari nanti dia sedar..
Yang pasti.. dalam KelaB Blogger Ben Ashaari , senantiasa blogger dipesan mengenai isu ni. Sila jaga nama sendiri.. nama kelab terutamanya ! Kalau tak , ramai tersangkut nanti ! Jenuh nak clearkan nama wooo..
Nak cari income dari blog , banyak caranya.. Dan pastikan cara itu akan mendatangkan manfaat terutama pada mereka yang follow blog kita..