Entri pertama dia di dalam blog aku.. Fuh , berhasil gak la aku punya paksaan ! Tu pun dia menulis sebab idea tetiba muncul ! Kalau tak ??? Hurmm..
Ok.. apa isunya untuk pertama kali ni ?
“ Walaupon due lmbt lagi, tp nak memikirkan nak beli and try set bersalin yg bestr amatlah memeningkan ? Kalo time bersalinkan Qhaliff dulu, dah try satu jenis produk ni ..boleh la tp mcm byk jer bahan bahan dlm tu yang tak habis guna..sbb tak semua bleh digunakan untuk ibu menyusu.
Lagipun Qhaliff lepas lahir ada jaundice, maka herba herba yang panas tak disarankan utk ibu yang breastfeed. Bila dah start tak makan secara berjadual, lama2 dia makin dilupakan..sehingga akhirnyaa….
Pastu, masa lahirkan Zahra try set bersalin Shaklee. So far ok sangat la, sbb tak guna herba herba yang boleh effect pada baby walaupon Zahra ada jaundice gak. Dan bagi yang mengalami masalah sembelit lps bersalin, mmg disarankan sgtla amik Shaklee (lupa pil mana satu dah). Masa tu susu pon ,Alhamdulillah ok berbanding Qhaliff..rezeki Zahra.
Tapi bila masuk yang baby yang ketiga ni, rasa cam nak try benda baru atau pon kalo tak , semula guna set bersalin jenama sebelum ni. Dalam dok google-google, adala 2-3 produk dalam kepala, tp masih nak baca testimony dulu sementara ada masa ni? Agak2 nya produk apa yer yang best buat masa skrang ??? “
Fuh… jenuh aku mengedit.. Guna bahasa whatsapp gitu koo ! Hahaha.. Tak pe , pelan pelan.. Walhal dulu , dia laaa yang beria nak berblog.. tapi berkubur lebih awal gara gara tak tahan ujian serta timbunan kerja di pejabat.. Nak tak nak , aku laaaaa yang berblog dan cerita pasal anak anak !
Nasib baik 4 perenggan.. kalau panjang lagi , rasanya mau aku sediakan kopi kat sebelah aku ni.. huhu..