Aku ada sehari tinggal puasa tahun lepas sebab musafir ke Kelantan di penghujung Ramadan lepas. . Disebabkan bisikan setan , aku melengahkan hutang puasa hingga hampir Ramadan tahun ni. Kononnya nak train sebelum masuknya Ramadan walhal boleh je puasa sunat setiap minggu !
Aku pun bagitau la niat aku tu kat wife. Dan jam 5 pagi tadi , wife kejutkan aku untuk bersahur. Wahhh.. fefeeling Ramadan sudah ! Makan nasi putih dengan telur kicap. Permintaan aku.. Hehehehe..
Selepas bersahur , aku siapkan entri tertunggak aku. Aku buat entri Transformers.. Bila aku baca , tergerak hati lak nak bawak Qhaliff ke sini. Minggu depan mesti ramai orang ni !!
“ Best ni kalau bawak Qhaliff ! Mesti dia teruja tengok BumbleBee nanti ! “ . Bisik hati kecik aku.
Seperti yang dirancang.. jam 9 lebih , aku bertolak ke One Utama bersama Qhaliff dan sepupunya. Kat sana , dengan aku aku sekali rambang mata ! Semua aku nak amik bawak balik ! Hahahaha.. Best pulak tengok robot robot kat situ..
Dan aku membelanjakan hampir RM400 dalam masa setengah jam. Main amik jer ! Beli bantal dan baju.. Dapat la satu robot. Puashati la diorang.. Aku gak tak beli apa apa ! Huhuhuh….
Pastu bergambar lak ! Aku penat dah… Adehh.. Nak kejar solat Jumaat lagi.. Settle semua termasuk bergambar.. Qhaliff bagitau dia lapar ! Nak nasi dan Milo Ais.. Huhuuh.. Jom makannn !
Order KFC.. Set dinner . 3 ketul ayam , ais krim dan apa tah… yang ada chesse tu haa.. Letak atas meja.. Semua g basuh tangan.. Memula aku suruh Qhaliff makan.. Dia amik french fries jer.. Aku pon makan skali laa.. Sedap ! Tengah lapar dan penat la katakan..
Tiba tiba aku teringat..
“ Alamakkk… aku kan puasa !! “ .
Masa sedar tu , ayam dah nak masuk ketulan ke dua serta air milo secawan dah abis !
Acaner tuuuu … Gelak besar je la aku ! Dan masa makin suntuk ! Menyesal melewatkan ganti puasa tuuu.. Haishh..