Duduk rumah , jaga anak jer ! Biar je isteri yang bergaji besar tu , keluar bekerja ! Tu je kerja SURI RUMAH ??? Hurmmm.. Kalau gitu jer , mudah laaa ! Senang je jadi lelaki berbanding perempuan yang jadi SURI RUMAH !
Tak mudah kawan ! Lelaki tetap kena bagi nafkah pada keluarga. Tetap kena cari duit walaupun duduk di rumah ! Kalau harapkan dari bini punya gaji , memang melampau laaa.. Teruk la gitu ! Tak malu ke makan hasil bini jer ? Dengan tak berusaha cari duit , tapi asyik tunggu bini kasi.. Hurmm..
Aku.. berusaha juga setiap bulan. Ada job skit skit untuk cover hutang piutang pon dah syukur sangat. Nak harap duit BRIM atau bantuan Zakat , memang tak dapat la.. Tak layak gitu ! Lagi pun , aku muda lagi. Kena berusaha tingkatkan ekonomi keluarga. Tahun depan , anak dah bertambah dan si abang pon dah nak sekolah ! Hurmm..
Nak tak nak.. kena keluar juga cari duit. Apa saja kerja.. asalkan ada duit. Heeee.. Jangan yang haram dah laa !
Seharian bekerja… penat ! Tersadai.. Kena pulak bulan puasa. Huhu.. memang tersa sangat laaa…
Balik rumah , sambung layan anak !
Bila dah bergelar suami dan ayah ni , maka… tanggungjawab perlu dipikul sepenuhnya ! Jangan sedap nak jadi suami jer tapi ayah tak nak !
Hurmm..