Terpaksa.. bukan nak membazir tapi untuk meningkatkan kualiti sedikit demi sedikit.. Walaupun menelan sedikit kos tetapi demi tanggungjawab serta kerjaya yang dipikul.. nak tak nak.. kena bersaing juga dengan blogger blogger baru yang bagus serta berkualiti. Secara tak langsung , persaingan sihat wujud dan memberikan aku peluang memperbaiki lagi mutu penulisan aku.
Paling penting ialah kamera.. Kebelakangan ni , job food review banyak. Nak kena amik gambar cantik cantik.. Perlukan kamera yang bagus. Tak kira la telefon pintar atau pun kamera. Kalau nak jadi blogger komersial , kena ada la dua dua ni. Huhuh..
Pikir panjang gak aku sebelum nak membeli lens yang baru ni. Bukan apa.. bila aku gi event yang ada perasmian sebagainya , aku gagal amik gambar yang aku nak. Terpaksa nganga je tengok.. Pastu nak buat live update . gagal ! Hurmm.. Jadi malu pada diri sendiri. Gi event tapi tak buat kerja !
Nak tak nak.. kena gak laa rembat lens baru..
Terpaksa.. Tutup mata masa nak beli ni. Tu pun , pinjam duit orang.. hahaha.. Guna duit sendiri ? Aku bukan kaya wooo.. Hehehehe.. Demi kerjaya.. Rasanya pon tak lama dah.. pastu nak bersara dari dunia maya ni.. Nak tumpu pada jaga anak yang makin bertambah.. Huhuh.. dan cari kerjaya lain yang lebih senang skit.. Ingat jadi blogger senang ke ??? Adehh..
Yer.. template blog ni pon aku nak tukar tak lama lagi.. Tunggu masuk 2017.. hehehehe.. InshaAllah…