Aku paham maksud dan niat David Teo. Dia tak nak artis jadi susah macam artis-artis veteran yang kita sedia maklum tetapi perlukah dia petik nama P.Ramlee serta anaknya sebagai contoh ?
Bagi aku.. Apa guna kaya tapi karya kita sampah ? Contoh macam aku laa..Orang offer berlakon ke.. jadi penulis buku ke.. Sebab ada ramai follower ! Tapi bakat takda ! Walaupun bakat boleh digilap tapi bila diri sendiri tahu akan kemampuan diri , kenapa nak tambah lagi ‘sampah’ ?
Sapa tak nak kaya kan ? Tapi biarlah kaya dengan cara yang betul. Kaya di samping memberi manfaat pada masyarakat.. negara dan agama ! Kalau takat buat film pastu tayang kat penonton tanpa ada isi dan pengajaran , rasanya.. urmmmm… tak payah dah la kot !
Apa yang patut David Teo ajar pada ‘staffnya’ ialah… di samping berlakon, berniagalah ! Jangan harap pada berlakon saja ! Bukan keluarkan filem filem sampah dan ‘paksa’ orang gi panggung tengok !
David Teo , contohi P.Ramlee.. walaupun ada yang kata ada filem P.Ramlee pon ceduk orang punya tapi sekurangnya dia mampu hasilkan filem ceduk yang beri impak pada penonton , hingga kini !
Tonton filem Bujang Lapok.. camana mereka cari kerja dan bekerja sebagai pelakon.. dgn gaji yang kecil , berbanding pelakon sekarang.. Ada rupa , gaji besar .. takde rupa ? Hurmm.. Tu belum part follower tu…