“ Bang.. cuti abis dah Jumaat ni. Camana ? Nak sambung tak ? “. Tanya wife.
Hurm.. Kelmarin , wife gi buat check up bulanan di klinik kerajaan yang biasa dia pergi. Kira klinik dalam tempat bermastautin la.. Dia ada bagitau kat nurse masa di kaunter mengenai masalah yang dia hadapi. Nurse tu call doktor dan doktor kata nurse akan uruskan jer. Maka tunggulah dia sehingga nama dipanggil. Gi kul 2 petang.. nama dipanggil , hampir jam 5 petang dan pemeriksaan tak sampai 5 minit. Nurse buat pemeriksaan biasa je.. takda scan pon.
Tak pe la.. bukan nak komen pon.. Mungkin bagi mereka , tu perkara biasa namun bagi aku dan wife , perlu dapatkan pemeriksaan yang lebih teliti. Maka , aku syorkan wife agar pergi ke klinik swasta dan dapatkan pemeriksaan lanjut. Klinik Azalea di Putrajaya.. Dan jika keadaan masih memerlukan dia berehat , maka mintak je MC. Duit soal kedua. Yang utama adalah kandungan dan juga wife !
Aku bagitau wife.. Apa guna gi pejabat jika keadaan kita tidak begitu baik. Nanti menyusahkan kawan kawan di pejabat. Dan tak perlulah sangat nak ‘berkorban untuk majikan’ sebab bila kita buat silap skit , kita terus ‘dibuang tanpa rasa kasihan’. Itulah hakikatnya ! Dah terjadi pada aku.. dan juga ramai kenalan aku ! Tengok saja nasib orang atas kita tu ! Alaaa.. yang atas tuuu laa ! Kena buang la la tu gak ! Terus lupa segala jasa yang pernah ditaburkan dan jadilah seperti ayam mengemis di tepi jalan.. kan kan ?
Gi kerja.. buat kerja.. bila cuti , cutilah ! Tak payah pikir kerja sanngat ! Nak pikir kerja sangat.. buat je bisnis ! Lagi berbaloi !
Arwah kawan aku.. dulu dia cukup komited dengan kerja. Tapi dianiayai oleh rakan sepejabat.. dia jatuh sakit.. koma.. masuk hospital.. meninggal dunia.. Ada majikan mai tengok ? Malah tanggung aib lagi ada la ! Huhhh.. Sampai mati aku ingat !