“ Daddy.. nak handphone.. “ . Qhaliff minta secara baik dari aku. Ketika tu , di restoran.. nak makan malam ! Aku ‘terpaksa’ layan phone sebab ada urusan nak diselesaikan dan itulah kesilapan utama para ibu bapa !
Kalau nak anak anak bebas gadget , si ibu bapa juga perlu tunjukkan yang mereka tak ‘pentingkan’ gadget ni ! Kalau diorang sendiri sibuk dengan gadget terutama phone ni di depan anak anak.. anak anak ni nak buat apa ? Bermain berlari lari dalam restoran ?? Atau duduk termenung menanti makanan tiba ?
Aku tak kasi dan Qhaliff meraung dalam restoran tu. Hurmm.. Camana nak selesaikan isu ni ? Off data dan kasi. Dia tak main game sebaliknya main kamera lak ! Ternyata dia boring ! Kemudian Zahra datang dan nak juga phone ! Hurmm.. sudah ! Dan aku bernasib baik minuman tiba dan Qhaliff serahkan phone.
Kesilapan utama ialah.. bila bersama anak anak , simpan semua gadget ! Atau kalau nak guna gak , guna sama sama ! Bagi masa dalam sejam untuk diorang main gadget jugak.. Bukan apa , aku tengok Qhaliff belajar cakap omputeh melalui Youtube. Dalam tempoh percubaan ari tu , tiada perkataan baru yang dia belajar. Berbanding sebelum ni, ada jer perkataan baru yang dia ucapkan.
Yer.. dia akan ke taska. Dah tiba masa dia. Persoalannya , di mana ? Arghhhhh.. Memikirkan kos yuran permulaan tu.. aku dah macam hantar dia ke kolej swast dan amik akaun ! Huhhh !
Malam ni.. aku kasi diorang main sekejap.. sekejap jer ! Yang penting , pasni aku kena disiplin gak ! Tiada phone depan anak anak ketika nak makan ..