Kali pertama aku disahkan ada hypertension , ketika usia 28 tahun. Waktu tu aku bergelar guru sandaran. Happy lak dapat hypertension ni sebab tiap minggu leh dapat mc walaupun gaji ditolak ! Ah , malas nak kerja masa tu sebab ‘ tak dapat sokongan majikan’ ! Kerja teruk pon , bukan ada orang nak kisah.. Sendiri sakit , sendiri tanggung ! Sakit pon gara gara stress ngan budak budak ! Cikgu lak tak dibenarkan merotan. Nasihaattt jer ! Huhh..
Sejak dari tu , tiap kalu aku gi doktor.. tekanan darah belah mesti lebih 170 dan bawah lebih 100 ! Marah doktor !! Siap suruh gi check up. Kot kot ada masalah dalaman ! Aku tak nakkk ! Mati tanam je laaa ! Huhhh..
Tapi bila dah tua tua gini ditambah lagi dengan pengalaman jaga ayah aku di hospital , pendapat aku mengenai kesihatan berubah ! Kalau mati terus , tak peee ! Kalau tersadai dalam hospital ??? Sapa nak jaga ? Nak harap nurse , muka berkedut dah ! Kalau masa hensem , ok laa.. tu pon 50-50 nurse nak mai jagakan ! Hahaha.. Gurau je nurse !
Macam aku cerita dalam entri pagi tadi , Takkan sebab Chia Seed ??.. aku masih belum percaya la sangat akan ‘kebagusan’ Chia Seed ni ! Aku pernah perli wife ! Mudah sangat percaya ngan desas desus di media sosial ni ! Asal yang viral , mesti bagus ! Huhhh !
Dan aku ternampak laa mesin periksa tekanan darah tinggi yang baru adik aku beli di farmasi. Jenis mahal punya ! Aku pon nak try laa.. Kali terakhir aku periksa darah tinggi , doktor suruh aku gi hospital untuk full medical check up ! Hurmm.. Dan kasi ubat ! Aku tak makan dan tak pergi hospital !
Aku nekad… nak test ! Cubaan pertama..
Aku berdiri ketika ni. Cara amik tu salah ! Dia suruh duduk dan relakss ! Baru tekan START tuuu ..
Aku pun ikut jer laaa ..Disusuli kedua dan ketiga ! Macam tak percaya lak !
Ehhhh.. aku cuba lagi ! Beza tak banyak pon.. Lari skit jer ! Huhuhuh.. Aku tunjuk kat mak mertua aku yang kebetulan ada di rumah mak aku , yang mana dia adalah bekas jururawat kerajaan. Katanya normal !
Waahh ! Tak percaya aku !! Aku pandang wife aku. Tak riak di wajahnya. Eleh , nak kata aku tak percaya la tuuu ! Hahahaha.. Patut la rasa lain je sejak dua tiga hari ni. Tak de rasa sakit kepala atau stress dah ! Awal pagi , lawas jer perut. Senang buang air besar ! Tak rasa cam sembelit atau pedih gituuu ! Alhamdulillah..
Oh ya , aku tak jual tau.. Dan aku syorkan google dan cari kesan negatif Chia Seed ni ! Ada yang kata tak bagus untuk mereka yang ada kanser. Wallahualam..
Setakat ni , aku yang ada masalah sendiri di lutut dan siku , dah terasa ok sangat ! Masih ada rasa sengal tapi tu lebih baik dari sebelum ni.. nak angkat besi pon sakit ! Apatah lagi nak berlari !!