Jam 5.30 pagi , kena bangun dan bersedia. Berpindah bilik.. masuk ke labour room gitu ! Fuh.. jantung berdegup dengan begitu laju. Terasa sejuk giler pagi tadi.. Oh , hujan ! Patut laaa.. Hahaha.. Ingatkan cuak sangat !
Masuk labour room.. Wahh.. aku ingatkan cam kat Putrajaya 2 tahun lepas. Rupanya , bilik persendirian ! Lega aku.. takda la nampak ada insan insan yang tak sepatutnya lalu , berlegar ulang alik kawasan tu.. maksud aku , lelaki la !
Nasihat aku , sebaiknya simpan duit selepas berkahwin.. untuk kes kes gini la. Bukan apa , takut wife korang nanti segan.. Kalau tak mampu , tak pe. Jangan rasa bersalah. Aku ni pon , rezeki dapat masuk sini. Ikutkan kemampuan , memang tak dapek lor ! Huhuh..
Dari awal aku check in sini , jururawat jururawat di sini memang ramah. Senantiasa membantu tanpa kira waktu ! Memang patut Prince Court Medical Centre ni senantiasa dapat pujian dari pesakit pesakitnnya.
Selepas subuh berlalu , bukaan wife masih lagi 4cm. Bukaan yang diperlukan ialah 10cm barulah doktor akan amik tindakan. Jam 10 pagi , doktor Tan A.E datang dan pecahkan ketuban setelah gagal pecah sendiri.. Eh , betul ke ayat ? Hahahaha..
Pastu tunggu lagi.. Sehingga jam 1 petang , bukaan dah cecah 7cm. Aku makin cuak ! Bila dah cecah 7cm , hanya perlukan sejam lebih untuk ke stage seterusnya..
Walaupun dah ada 2 kali pengalaman , kali ni segalanya amat berlainan sama sekali ! Aku di sisi wife walaupun pada awalnya , aku plan nak larikan diri.. Hahahaha.. Giler kejam kan ? Huhuh.. Tapi aku nak tengok sendiri baby keluar .. Salah satu anugerah Allah yang patut kita hargai.
10cm.. Tiba masanya. Wife diajar bernafas dan meneran dengan betul. Di sini aku rasa mereka yang sedang mengandung , perlu tahu cara meneran yang betul agar bila sampai masanya , tidak cuak dan hilang arah ! Hahahaa.. Cam wife.. hampir nak nangis dia sebab cuak ! Nasib baik hero ada.. Huhuhu..
Nurse sangat tenang tetapi Dr. Tan A.E memang aku respek la ! Patut la dia menjadi rebutan di sini. Dia sangat tenang dan cool. Baby agak besar dan kelihatan sukar nak keluar. Aku dah risau tapi dia rileks jer.. Dia arahkan nurse melakukan sesuatu untuk memudahkan bayi keluar. Pada awalnya nurse agak cuak sebab kepala baby keluar masuk .. wife teran tak berapa betul. Tapi Dr. Tan tenang jer.. Bila dia amik alih , fuhhh… memang aku automatik jadi rileks. Wife di tangan pakar !
Dan 2.51 petang , segalanya berakhir. Bayi selamat dilahirkan dengan sihatnya. Airmata aku automatik keluar. Aku cuba nak tahan tapi tak boleh ! Sesuatu yang cukup ajaib berlaku di depan mata aku. SubhanAllah..
Tetapi , kelihatan darah banyak keluar dari laluan bayi tadi. Aku dengar Dr.Tan A.E bertanya pelbagai soalan pada wife dan wife kena ‘tegur’ dengannya ! Huhuuh.. Senyum je aku. Aku dah banyak kali cakap.. Jangan sesekali pandang remeh arahan doktor terutama bila doktor kasi ubat suruh makan ! Haaa..
“ Kalau darah tak berhenti , saya kena tranfer darah esok. “.
Aku ketika tu dok sibuk dengan baby terus terhenti lalu melemparkan padangan pada doktor kemudian wife. Aku pandang ke arah katil. Darah banyak keluar. Terus aku teringiat cerita wife mengenai kawan dia yang kehilangan isteri tercinta selepas melahirkan cahaya mata pertama akibat kehilangan darah yang banyak.
Nurse bersihkan wife dan.. tiada pendarahan berlaku ! Aku tarik nafas lega.. Baby pon dah nangis . Aku pun dah azankan. Kemudian wife susukan baby buat pertama kali. Aku lupa nak bawak madu dan kurma lak.. huhuhu.. Tapi Alhamdulillah.. baby pandai menyusu. Tak yah nak ajar dah.. hehehe..
Jam 4 petang , aku balik ke rumah mak aku. Nak uruskan uri lak. Sampai rumah , Qhaliff dan Zahra menyerang. Semalaman mereka tak jumpa aku.. huhuh.. sian kena tingal !
Malamnya , aku bawak mereka berjumpa dengan adik mereka di PCMC. Syukur segalanya dah berlalu.. dan bermula episod baru..
Jutaan terima kasih buat semua rakan rakan di media sosial atas doa kalian serta ucap tahniah pada kami..