Episod pertama selepas kehadiran adiknya , baca dah ? Kalau belum , gi la baca.. Hehehe.. Malas la tu nak cari.. Meh aku kasi link. Korang cuma perlu klik dan baca. Kalau rajin komen. Share ? Tak yah la.. bukan ada info menarik. Sekadar entri santai anak beranak jer.. kan kan ? Baca Dan episod ZAHRA bermula…
Kali ni apa lak masalah Zahra ? Hurmm.. Takda masalah. Dia budak baik. Cuma dia kena macam abang dia ari tu ! Geli gata ? Tapi aku rasa macam bukan.. Aku syak cadar ! Berhari tak balik rumah.. pastu terlupa tukar cadar. Gatal laa ! Biasanya wife yang tukar.. huhuh.. ni dia tidur kat bilik bawah. Aku ngan budak budak je tidur kat bilik atas ..
Hurmm.. Terkejut aku masa bangun tidur tu tapi nasib baik la ubat Qhaliff ari tu , masih ada.. Boleh la guna pada Zahra.. Dan nampak surut sikit merah dia ..
Hurmm.. pasni kena tukar terus cadar ! Pastu basuh.. dan bermula episod suri rumah part 3.. Huhuhuh…