“Sayangnya kasut..”.
Ada satu komen dari rakan dunia maya pada gambar aku ke Xcape Resorts Sg. Lembing , baru-baru ni.. Aku senyum jer. Memang sayang laa.. Betul katanya tu..
Kasut ni , aku beli untuk jogging dalam rumah je. Hehehe… Tapi kemudian , aku gunakan untuk jogging di luar rumah.. Kenapa ? Sebab keselesaannya membuatkan aku nekad menodainya dengan kekotoran di luar sana.
Sayang wooo.. Maklumlah , kena ikat segala usus , hati dan buah pinggang untuk membeli kasut ni..
Tapi selepas melihat seorang rakan ‘derita’ sakit tapak kaki , aku merasakan kaki aku ni lebih bernilai dari kasut yang aku beli tu.. Duit leh cari kan ? Tapi kalau kaki sakit , nak cari duit susah.. kan kan ?
Sejak tu , aku nekad tak nak kedekut pada tubuh badan aku ni. Bukanlah nak kena beli barang mahal mahal tapi kena hargai tubuh badan .. setiap anggota sebelum kembali ke pemilikNYA.. kan kan ?
Maka aku nekad.. redahkannya ke dalam sungai. Nak melihat ketahanan kasut yang dikatakan berkualiti ni.. Ternyata memang tahan lasak laa.. Tak melecet pon kaki aku walaupun tak pakai stokin sewaktu meredah denai denai atau trek untuk ke Rainbow Waterfall di Sg.Lembing.
Sampai ke dalam sungai aku bawak masuk kasut ni , untuk mengejar pelangi ! Hehehe..
Dan Alhamdulillah , aku selamat tiba di rumah.. dengan selamatnya. Kasut ok , kaki pon ok !