Argh… takut tul tertidur dalam kapal terbang mahupun dalam kereta orang.. Apatah lagi kalau gi trip bersama rakan rakan , tidur beramai ramai.. dengkur merupakan musuh no 1 kawan kawan kita. Haahahaha.. Meh pakat ‘lumba racing’ !
Secara jujurnya , aku juga insan yang punya masalah dengan dengkur ! Arghhhh.. stress siut ! Bila bangun tidur , kawan atau orang sebelah kita , senyum ‘sepahit madu si isteri ‘ pada kita !
“ Er , aku dengkur ke ? Maaf yer.. “.
“ Tak pe .. Ayah saya lagi kuat dengkurnya.. “.
Aduhhh.. stress tul ! Pelbagai jenis ubat ada di pasaran tapi yang mana sesuai dengan kita ? Atau , guna je pakar untuk selesai masalah ni.
Yer.. aku rasa aku nak guna pakar je la.. Nanti nak check dengan Dr.Ko !