“ Tiada lagi gadget selepas ni ! “.
Hurmm.. tak leh gak kan ? Gajet adalah sebahagian dari kehidupan setiap manusia diatas muka bumi ni. Nak tak nak , kita terima hakikat tetapi buat anak anak kita , gajet ni hanyalah sampingan saja ! Mereka masih perlu belajar dan bermain menggunakan pelbagai jenis alatan yang ada tak kira la moden atau pun tradisional !
Antara permainan sambil belajar yang sesuai ialah PLAY-DOH. Pastinya ramai antara kita pernah bermain dengan tanah liat , kan ? Seawal sekolah rendah dulu atau pun sebelum masuk sekolah lagi.. mesti ada kenangan bersama dengan tanah liat… kan kan ?
PLAY-DOH , anak anak kita yang selalu layan Youtube mesti kenal punya ! Kalau Qhaliff dan Zahra nampak di kedai permainan , mesti nak punyalah ! Dan aku dapatkan satu untuk mereka. Awal pagi lagi dah bersedia untuk bermain !
Bila aku bagi je kebenaran , terus meluncur bukak kotak dan meleraikan apa jua yang ada di dalam tu.. Huhhuuh.. Dah seharian menanti dengan penuh sabar nak bermain PLAY-DOH.
PLAY-DOH memang bagus untuk anak anak kita. Yang terkini PLAY-DOH SHAPE & LEARN LETTERS & LANGUAGE , mengajar anak anak kita mengunakan skill jari jemarinya bagi membentuk apa jua yang mereka ingini tetapi punya mesej pendidikan di dalamnya.
PLAY-DOH SHAPE & LEARN LETTERS & LANGUAGE yang Qhaliff dan Zahra main ni sangat berkesan.. mereka belajar mencipta abjad serta membuat raut wajah dengan menggunakan PLAY-DOH. Secara automtik mereka akan perlu berfikir secara lebih kreatif bagaimana nak membuatnya.
Dan ibu atau bapanya perlu bermain bersama dan secara tidak langsung akan punya satu perhubungan komunikasi antara anak dan ibu bapanya. Kan bagus tu ?
Menarik , kan ? Perlu kreatif dan sabar bila bermain PLAY-DOH ni. Hasilnya pasti menakjubkan ..
Jika mereka bermain di atas lantai , apakah akan kotor lantai tersebut ?? Tidak sama sekali.. Hehehe.. Tu yang bagusnya , PLAY-DOH. Berkualiti , selamat dan kebersihan diutamakan !
Amacam ? Nak jugak ke satu set percuma ? Ok ok, aku bagi satu nak ? Hehehe.. Pihak PLAY-DOH dengan baiknya nak bagi satu kepada pembaca blog ni .. Tapi dengan syarat..
Er. apakah syarat-syaratnya ???
Kongsikan artikal ni , dan kemudian komen di ruang komen entri ni.. KENAPA ANDA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE & LEARN LETTERS & LANGUAGE ni. Buat pengetahuan korang , harganya ialah RM139.90 Amacam ? Berbaloi tak ? Jangan lupa.. sertakan email untuk aku hubungi pengomen bertuah !
Tarikh berakhir penyertaan ialah 12/10/2016 !