Secara jujurnya , aku dah tinggalkan majalah Gila-Gila sejak Ujang blah dari situ dan terbitkan majalah sendiri yang bertajuk Ujang. Rasanya la kan ? Kemudian muncul APO. Sayangnya aku tinggalkan juga majalah tu sebab komik dalam tu macam kehilangan idea dan banyak cerita bersiri. Jadi boring lak nak baca.. Kalau sebelum tu , sahih akan tertawa seorang diri dalam bas mini. Awek cun duduk sebelah pun aku tak kisah.. Hehehehe.. Siap offer baca sama sama sekali. Hahahaa..
Dan baru-baru ni , Ujang menaikkan status di FBnya..
Ok… aku pun membesar dengan membaca majalah ni hingga arwah ayah aku pun pelik apa yang best sangat majalah ni. Biasa laaa.. jiwa orang tua masa tu mana nak sama ngan orang muda yang mudah terhibur ! Hahahaha..
Setelah melihat rakan blogger #KBBA9 membeli majalah ni , aku terus mencarinya di shopping mall yang berhampiran. Aku duduk kat Sepang , gi cari kat Bukit Bintang ! Bapak berhampiran la sangat ! Huhhh..
Jumpaaa !
Yeeeess ! Tak sabar nak beli. Harga , RM6.50. Ok la bagi aku. Kualiti kertas pon cun gak. Moga kandungan di dalamnya lebih gempak dari sebelum ni.
Dan semoga Gila Gila terus berjuang dan kekal hingga ke akhir zaman.. Bukan apa.. dulu Gila Gila ni , bahasa dia memang guna bahasa Malaysia. Aku banyak belajar dari majalah ni. Belajar camana nak kasi orang tersenyum. Maklumlah , nak ngorat awek masa tu melalui surat.. kena ayat lawak lawak. Gile la nak tulis ayat berbunga bunga. Mau muntah darah awek tu haaa.. Awek skang ni je suka ayat bunga bunga tapi pakwa zaman ni tak minat dah jiwang jiwang. Semua sibuk cari duit untuk kawin. Takda masa nak berjiwang ! Hehehehe..
Ok.. nak baca Gila Gila jap. Aku dah ! Korang tengok je ???