Eceh.. sepanjang zaman la sangat.. Hahahaa.. Nampaknya tahun 2016 adalah tahun yang mencabar bagi aku. Membesarkan 2 orang anak serta penambahan seorang lagi di hujung hujung tahun memang sangat memberikan kesabaran buat aku. Nak update blog , bukan mudah di kala ini ! Antara anak atau blog ??
Hurm.. Alhamdulillah , walaupun kelihatan seperti menurun tapi sebenarnya aku berbangga sangat kerana entri di blog aku tidak lagi melibatkan kontroversi kontroversi yang mampu mengundang dosa gitu berbanding satu tika dulu , aku terikut-ikut rentak dan gaya mereka yang mengejar trafik !
Dan dulu , sehari aku post lebih dari 10 entri. Sekarang , sehari 2 entri jer. Kena tumpu pada anak-anak gitu. Nak update blog di malam hari pun , minda dah penat. Kena rehat dulu baru leh update.
Jom tengok hasil tahun 2016.
Dan tahun tahun sebelum , bermula dari tahun 2012.
Tahun ni , aku sekadar nak maintain tapi nak perbaiki kekurangan yang sedia ada. Nak mantapkan lagi dari segi penulisan dan pengisian. InshaAllah.
Yang penting , aku dah ada pembaca setia.. setiap hari akan membaca tanpa jemu ! Terima kasih pada mereka yang menyokong aku dari dulu hingga sekarang !