Tiga hari aku batuk teruk. Sebelum ni memang payah la aku nak batuk atau selsema tapi selepas juicer aku rosak dan belum dibaiki , aku dah kurang amalkan pengambilan jus sayur dan buah ni. Terasa ada beza laa.. Makan pon dah tak jaga.
Patgi tadi , aku gi Mid Valley. Memang dalam kepala aku kang jumpa booth La Juiceria , aku singgah beli jus ! Itulah sarapan aku dan itulah makan tengahari aku.. hehe.. ada la makan lain tapi itu kira yang utama la.. nak cuci perut sekali !
Hari ni saja , 3 botol aku bedal ! Pagi tadi green. Tengahari hok dalam gambar tu haaaa.. Patutlah Popeye perlukan spinach ! Baru aku tau nape.. Bila aku makan jus hijau tu , memang terasa macam ada power gitu haaa.. Tak caya , korang try laa..
Dan aku juga biasa beli kata Boost tapi agak kurang minat sebab campur dengan ais batu.. pastu sejuk gitu.. huhuhu.. Kalau takda La Juiceria ni , Boost pilihan no 2.
Korang patut amalkan. Jaga kesihatan sebelum kesihatan menghilangkan diri !