Entah kenapa , aku malas nak bertekak di media sosial ! Aku boleh je buat bodoh dan tak tau jer tapi cam tak best ! Akhirnya , aku delete je dan lantak korang laaaaa .. jangan jadi depan aku dah !
Sukan berbasikal memang satu sukan yang aku suka sejak dulu lagi.. Memang berbasikal cara untuk aku membakar lemak lemak tepu selain dari berlari. Cuma sayangnya nak berbasikal atas jalan raya ni kena berhati hati sangat tanpa kira masa ! Kita tak boleh nak anggap pemandu kenderaan di atas jalan raya ni senantiasa alert dengan keadaan sekelilingnya ! Bayangkan dia memandu dalam keadaan mengantuk ?? Bukan mabuk tau.. tapi mengantuk terutamanya di sebelah malam selepas dia abis kerja… buat over time gitu !
Di Putrajaya.. aku cukup takut memandu sebelah malam.. Kadang kadang tak perasan kehadiran penunggang basikal. Lampu keselamatan yang dipakai mereka tu kadang kadang tak nampak dek kita.. kalau pakai baju yang pantul balik cahaya tu , ok la.. Kena pikir sikit.. zaman ni makin ramai orang rabun dek disebabkan terlalu lama mengadap telefon pintar dan juga laptop !
Dijadikan cerita.. kelmarin ari tu aku masuk Putrajaya dari Cheras. Aku tak nak lalu highway untuk ke Sepang. Mengantuk ! Jam 9 malam gitu.. Aku perasan ada beberapa kumpulan team basikal dok mengayuh basikal dan meredah lampu isyarat merah ! Ni sangat merbahaya ! Bayangkan jika kereta datang dengan lajunya ! Pernah terjadi depan mata aku sendiri , motor redah lampu merah.. kereta kejar lampu kuning ! Kesannya , penunggang motor tercampak atas kereta! Salah sapa ? Tak penting !! Yang pentingnya , bila berlakunya kemalangan.. yang terdedah pada bahaya tu sapa ??
Aku ada ramai je kawan main basikal.. Redah bukit setiap hujung minggu. Tapi takda la nak sentap bila kasi nasihat. Takda la pulak nak pulangkan pada aku nasihat tu ! Amik je nasihat tu dan diam. Aku pun malas nak nasihat orang. Masing masing dah tua ! Niat aku satu je.. aku nak kawan kawan selamat semasa bersukan sebab aku pun kaki sukan ! Tu je .. bukannya nak kejar LIKES.. SHARES ! Aparaa.. baik aku post gambar anak aku je.. sah sah banyak LIKES..
Bagi aku , orang yang sentap bila ditegur ni.. memang dia buat salah la.. kalau dia tak buat salah , dia ok jer.. Tu je laa nakk oiiii ! Jalan raya bukan tempat bermain..
Sekian..