Alhamdulillah.. Walaupun ada yang 'pergi' tapi yang datang semakin ramai ! Moga mereka yang pergi tu membawa ilmu hasil dari perkongsian sewaktu bersama. Tak pe la.. takda jodoh untuk kekal lama.. Dan aku tak kisah sebenarnya... sapa nak tinggal , sapa nak pergi ! Yang nak kekal , aku hargai.. yang nak pergi , aku tak menghalau... hehehe.. Semoga berjaya mengejar cita cita yer..
Dan aku sangat bersyukur.. mereka yang dulunya , sewaktu awal awal join #KBBA9.. mereka malu.. segan.. dan tak tau nak buat apa dengan 'harta' mereka yakni blog dan media sosial ! Kini , mereka pulak lebih 'power' dari aku ! Huhhhh..
Kenapa ? Perancangan mengadakan photoshoot raya sebulan dengan kerjasama pelbagai pihak dan yang membanggakan aku , bukan calang calang punya tajaan ! Huuhuhhu.. Yelah , dengan komuniti yang sering jadi kritikan ini , ada jugak yang sudi nak taja.. kan kan ?
Menariknyaaaa... amboi depa nih !! Mengalahkan aku yang merancang semua ni ! Diorang dapat penaja dari segi pakaian dan juga mekap ! Aku ??? Aku ??? Sapa pun tak nak taja ! Huhuhuh.. Sian aku ! Huk huk.. Maka esoknya , pakai je la baju lama..
Dalam diam , sebenarnya aku bangga dengan pencapaian mereka. Dah berani diorang keluar dari kepompong dan tunjuk muka ! Menariknya , ada yang dah berjaya menjana pendapatan melalui blog. Tak kira la samada dapat job atau buat bisnes online. Dan inilah tujuan aku sebenarnya.. membantu mereka belajar menjana pendapatan sampingan. Yelah , dari tunggu bonus setahun sekali , apa salahnya jika dapatkan bonus setiap bulan ! Kan kan ?
Tak sabar nak tengok ragam memasing esok ! Ini adalah photoshoot berkumpulan untuk kali 4 sejak penubuhan Kelab Blogger Ben Ashaari. Dan minggu ni saja , aku dah amik 4 blogger baru ! Alhamdulillah , mereka menunjukan minat yang tinggi.. Moga tercapai cita cita mereka.
Aku , mungkin tunggu masa je untuk bersara dan pergi jauh dari dunia media sosial. Huhuhu.. Persoalannya , mampukah aku ???