Sejak kebelakangan ni , Qhaliff tak suka gi sekolah. Aku tanya kenapa ? Dia tak jawab. Aku rasa aku tahu kenapa. Teringat rakan di New Zealand yang berkongsi pengalaman anaknya yang menangis sebab nak gi sekolah ! Di sini , menangis tak nak gi sekolah ! Eh , terbalik sudahhhh ni !
Aku tanya kenapa jadi gitu ? Dia kata anak dia seronok gi sekolah berbanding duduk rumah. Di sekolah ramai kawan dan bermain ! Yer , anak dia baru 3 ke 4 tahun tapi dah pandai mengira. Dan menariknya , tiada kerja rumah sehingga 12 tahun ! Dan katanya , di sana tak ada kedudukan pelajar. Tidak ada ranking. Mereka diajar tidak membezakan sesama mereka. Semua sama jer. Maka budak budak tidak tertekan sama sekali !
Aku mampu WOW ! Dua hari ni , Qhaliff ada exam. Dia seolah olah tak bersedia. Ada ujian BM, Agama , Matematik , Sains , English... 5 tahun dah ada exam ! Perghhh... sian aku tengok dia. Di usia mereka patut masih bermain , tapi dah kena bersedia untuk menghadapi peperiksaan besar ??
Apakah segalanya kerana SISTEM ? Perghhh... giler laa ! Apakah kita tidak boleh menukarnya ? Nak kata dasar pendidikan negara kita menghasilkan pelajar cemerlang , rasanya tak pun. Setakat ni , yang aku nampak.. pelajar cemerlang semuanya berada di luar negara. Di dalam negara , bakat mereka akan tersekat ! Maka apakah kita menghasilkan pelajar cemerlang untuk memajukan negara lain???
Sian aku tengok Qhaliff.. Kecik kecik dah stress..
" Qhaliff tak tau buat , ibu.. ". Tunduk sayu. Dia berat hati nak ke sekolah. Dia mintak aku amik dia awal. Aku angguk kepala.
" Nanti daddy amik awal yer.. ". Jawab aku.
Ibu dia nyampuk... " Tak pe. Abang kecik lagi. Ibu tak marah pon abang tak tau buat. Nanti ibu ajar abang jadi pandai yer. ".
Terus ok dia. Hurmmm..
Itu baru Qhaliff. Zahra , Aariz nanti camana ? Cukup usia, mereka akan dididik untuk menjadi robot yang terpaksa ikut arahan yang telah diprogramkan kah ? Perghhh...