Gambar rumah bersalji ni dari Wikipedia
Ok... hari ke 3. TENKYO-KAKU - The Palace Of Heaven's Mirror .Aku teruja kat sini sangat ! Sejarah rumah ni sangat menarik perhatian aku. Rumahnya yang bercirikan barat ni agak mengagumkan aku. Dalam rumah ni lagi menarik. Memang ciri ciri barat amat terserlah. Dibina sekitar 1902 , perhiasana dalamannya banyak diimport dari England. Rumah ni milik kerabat diraja. Terletak berdekatan dengan Lake Inawashiro. Baru saja dibuka untuk orang ramai.
Maklumat lanjut , boleh tengok di http://www.tif.ne.jp/tenkyokaku/index.html
Selepas tu , perjalanan diteruskan.. Berhenti shopping jap kat Innawashiro Railway Station. Aku tak shopping sebab nak shopping kat Tokyo nanti ! Hahahaha..
Selesai shopping kat sini , terus ke stesen untuk menaiki Shinkansen dari Koriyama , menuju ke Tokyo. Dan dari Tokyo naik JR ke Shinagawa. Dan menetap di situ untuk dua malam. Hotel kali ini ialah New Takanawa Prince Hotel.
Tiba di Tokyo...Check In . Dan hotelnya.. wow ! Antara hotel yang terbaik di sini.
Berehat jap... Dalam 4 petang tu, berkumpul semula.. dan ke Shinjuku. Satu permandangan malam yang sangat menarik. Masing masing sibuk dengan hal masing masing. Tak amik tau orang sekeliling. Dan terhindar dari asap rokok sebab kalau ada yang nak merokok , ada satu tempat khas untuk mereka merokok dan jauh dari orang ramai ! Huhuhu..
Dan buat kaki pertama , aku berani merayau sorang sorang ! Hahahaha.. Risau tengok orang ramai kat sini. Aku mudah panik ! Hahahah.. Maklumlah , bukan tempat aku ni kan.. Pertama kali datang . Jangan memandai mandai ! Tapi alhamdulillah, segalanya selamat. Takda sapa kacau pon. Asalkan jangan cari pasal kat sini. Heeee..
Dalam jam 10 malam , balik ke hotel. Berehat. Dan awal pagi , bangun dah ! Sarapan yang sedap di hotel ni. Banyak pilihan dan sangat sangat berbaloi ! Aku makan dengan kenyangnya. Hahahaha.. Best best ! Sebab malam tu , aku makan mee segera yang di beli kat 7 Eleven. Saja nak makan mee segera diorang. Amik yang sayuran dan seafood jer.. Donut pon sedap !
Ke Muzuim Japan Airlines ( Sky Museum ) dan Hangar JAL.
Pengalaman yang sangat berharga diperolehi di sini. Dan dapat melihat sendiri bagaimana disiplinnya mereka bila berada di tempat kerja. Kalau nak diikutkan , Jepun dan Malaysia tak banyak beza tapi disebabkan mereka berdisiplin , mereka senantiasa berada di hadapan kita.
Di sini , segala mengenai Japan Airlines dipaparkan. Penerangan diberikan dengan terperinci. Kami tak dibenarkan amik gambar je la.. Heeee. Nak amik tu boleh tapi tak boleh post ke media sosial. Bagus gitu. Keselamatan.
Pengalaman yang sangat berharga diperolehi di sini. Dan dapat melihat sendiri bagaimana disiplinnya mereka bila berada di tempat kerja. Kalau nak diikutkan , Jepun dan Malaysia tak banyak beza tapi disebabkan mereka berdisiplin , mereka senantiasa berada di hadapan kita.
Di sini , segala mengenai Japan Airlines dipaparkan. Penerangan diberikan dengan terperinci. Kami tak dibenarkan amik gambar je la.. Heeee. Nak amik tu boleh tapi tak boleh post ke media sosial. Bagus gitu. Keselamatan.
2 hari yang cukup berharga. Sehingga kini , ianya masih berada dalam ingatan aku. Cukup segar. Cukup cantik. Dan cukup bermakna. Kalau tanya aku , apakah aku akan kembali ke Jepun , pastinya akan aku bawa keluarga aku bercuti di sini. Tiada masalah dah terutama bab komunikasi. Mereka dah bertutur dalam bahasa English terutama di kaunter kaunter penting. Tahniah !
Nak tinggalkan Jepun , berat hati. Tapi Malaysia dah melambai lambai menyuruh pulang ! Hehehehe.. Moga bersua lagi Jepun !