Ada restoran atau kedai makan biar je pelanggan mereka merokok. Alasan mereka , tak nak pelanggan lari ! Amboi , ko utamakan yang merokok ? Yang tak merokok ni , berapa ramai ? Aku cadangkan la kan.. pasni kan.. sebelum kita masuk restoran atau kedai makan , kita tengok dulu.. ada tak signage atau tanda DILARANG MEROKOK ! Tak kira la dalam restoran atau di luar kedai yang ada meja makan. Amacam ?
Bukan apa kawan... sekarang ni kos perubatan tinggi ! Kalau anak anak sakit , sapa susah ? Kalau diri tu sakit sapa susah ? Janganlah ingat asap rokok tu tak beri kesan pada kita yang tak merokok ni.. beri wooo ! Rosak paru paru kita !
Bayangkan.. aku bawa anak anak gi restoran yang ramai orangnya. Tiba-tiba ada yang merokok. Walaupun di tempat terbuka , tapi kena la paham... Merokok di tempat awam adalah di larang ! Tapi kan.. bila kita tegur kan , diorang kata apa ? Ada tak tanda dilarang merokok kat sini ? Takda kan ? Tak da kannnn ? Maka... sebab tu aku ajak join kempen gini !
Kalau tak sayangkan nyawa anda , kami ok jer. Tapi kami yang tak merokok ni.. tak nak mati dek kerana asap rokok, yang korang sedut tu !
Maka , apa kata kita pakat pakat lancarkan kempen boikot restoran yang tak ada tanda DILARANG MEROKOK ni ! Haaaa... Jangan benarkan sama sekali. Nak merokok , gi tempat lain. Jauh dari tempat orang ramai ! Hisap la rokok sepuashati anda ! Takda sapa nak larang gitu..
Amacam ? Ada berani ? Aku mintak Kementerian Kesihatan perhebatkan kempen Larangan Merokok ni. Pastu kita buat satu lagi kempen.. Kempen Viralkan Perokok Di Tempat Awam ! Haaaa...
Aku rasa la kan.. hahahaha.. Kempen gini payah nak dapat sambutan. Tau napa ? Sebab 'orang orang atasan' bersepah merokok ! Huhhhh.. Sebab tu kempen kempen kesihatan gini payah nak berjaya. Sebab orang atasan tak amik pusing ! Kita yang dibawah , seperti biasa.. jadi mangsa !
Jawab je la kat akhirat nanti. Ego sangat eh ?