2018... dah tiba masanya aku rasa untuk semua mereka yang kuasa ni , mengambil tindakan utama. Tingkatkan lagi saman dan juga denda. JPJ , sila tumpu pada kenderaan terutama cermin dan no plet kenderaan. Pastu buat SUKARELAWAN JPJ. Bantu kesan pesalah pesalah jalan raya seperti mana di New Zealand kalau tak silap aku , mereka ada buat gitu. Ambil gambar dan hantar ke penguatkuasa. Tak lama kemudian , ada saman ! Jujur aku kata ketika di New Zealand , takut wooo nak bawak lebih dari had laju. Tau tau masa kat airport , ada saman ! Haaaa.. Tu yang aku diberitahu la. Tapi berkesan la pada aku dan kawan kawan.
Dan part cermin gelap tu... banyak kereta yang tak reti bagi signal atau bersikap pentingkan diri ni , boleh dikatakan terdiri dari kereta yang bercermin gelap ( bukan semua tp byk gitu) . Diorang berani sebab pemandu lain tak nampak sapa pemandunya. Masuk atau tukar lorong tak kasi signal.. Alasan panas , tak boleh pakai ! Orang lain boleh , apahal awak tak boleh ? Kalau betul rasa panas tu menganggu..guna je cermin mata hitam ! Aku sendiri pon tak boleh kena silau tapi ok je memandu !
Kedua , aku mulakan azam baru hari ni. Paksa diri gi peluhkan diri ! Dah berbulan diselubungi kemalasan.
Setengah jam mendaki dan menuruni jalan raya ni , Qhaliff ajak gi makan roti canai. Dari semalam lagi dia ajak. Aku kata kat dia.. " Tahun depan je la kita makan roti canai yer. Mana tau tahun depan , sedap rotinya ? ". Dan aku tunaikan hari ni. Heee...
Dan di restoran mamak... aku terkilan ! Dalam 10 orang pelanggan.. 5 orang adalah perokok ! Nak duduk celah mana pon aku tak tau. Dikelilingi dek mereka yang merokok. Aku tak boleh bau rokok. Pening kepala ! Bila dah sakit kepala dek kerana asap rokok , boleh sampai 2 hari baru pulih ! Hurmm... Yang merokok depan anak, lagi haprak ! Sampah punya perangai.
Aku mintak Kementerian Kesihatan buat juga SUKARELAWAN KESIHATAN. Apa kata wujudkan satu page di Facebook... Mereka yang merokok di dalam restoran , kedai makan atau tempat yang dilarang ni.. post muka mereka dalam tu ! Malu ? Amboi.. yang dia buat perangai gitu , tak malu ? Haaa..
Sekian. Sila amik tindakan. Atau pasni aku gi kedai makan bawak obor olimpik di tangan. Alang alang nak menyedut asap , kita kasi jer satu restoran tu sedut ! Huh !