Akhirnya, setelah 2 tahun... Aariz dapat jugak berjalan jalan di taman perumahan dia tinggal. Selama ni aku rajin bawa Qhaliff dan Zahra jer. Aariz tak berkesempatan sebabnya.... kalau bawa semua sekali gus , boleh pengsan aku ! Sorang berlari.. sorang mengejar.. dan sorang lagi berdukung. Aduh. Kereta yang lalu lalang lak.. ada yang berotak dan ada yang ikut nafsu. Tu masalahnya.
Kalau berdua, senang skit. Aku tunggu Qhaliff tertidur... baru bawa mereka berdua keluar. Gi taman berhampiran jer. Suka Aariz. Cepat lak sesuaikan diri dengan buaian. Huhuh.. mentang mentang kaki panjang. Nak turun pun senang jer.
Rasanya pasni setiap petang , bawak diorang ke taman je la. Kalau tak hujan. Di rumah mak aku tu , senang.. ada padang bolasepak je kat belakang. Luas untuk diorang berlari. Taman ni leceh skit. Berlecak. Permainan pun mula ada yang dah rosak. Maklumlah.. yang tua dan berat pon sibuk nak naik gak ! Acaner tak rosak. Sian budak budak.. Nak komplen lebih lebih... tak bagus la kan ? Bersyukur. Berbanding mereka yang tinggal di PPR tu... haa... lagi sian. Nak kata apa dah kan ?
Korang yang ada anak tu... jangan la sibuk sangat dengan kerja. Luangkan la masa dengan diorang. Tau tau je , dah besar panjang. Nanti dah tua , kita nak diorang luangkan masa dengan kita.. diorang kasi jawapan... diorang sibuk dengan kerja ! Nah.... sekarang sapa sentap ?