Dulu aku follow yang Hollywood punya , Designated Survivor. Rasanya sempat sampai 2 siri tapi pastu malas dah . Meleret leret ! Boring !!! Dan Korea punya versi pulak muncul ! Tu diaa.. Bagi peminat drama Korea , mereka tau kalau drama Korea memang power la ! Confirm di penghujung episod tu akan kasi bikin gempak yang membuatkan peminatnya TERPAKSA tunggu episod sambungan. Suka atau tidak , kena tunggu untuk tau apa yang terjadi !
Aku memang suka layan citer citer Korea terutama yang versi filem aksi. Tidak membosankan. Kalau drama cinta cinta ni , aku malas nak layan leleh ! Hahaha.. Satu , hero dan heroin confirm kacak cun ! Bosan weh ! Sebab tu filem aksi aku layan. Hero tak hensem tapi lakonan power !
Ok.. untuk Designated Survivor 60 Days ni baru masuk 14 episod. Memang layan la tonton. Mengisahkan Menteri yang tak da power , dipecat dari jawatannya oleh Presiden tiba tiba dilantik menjadi Presiden Korea dek kerana Presiden dan Menteri Menteri Kabinet mati dek kerana letupan ! Haaa... dia yang tak tau apa apa , tiba tiba berkuasa dan kena uruskan negara yang mana konspirasi dalaman yang sangat dasyat ! Fuh... sapa dalang ? Tu kena tonton laa..
Seminggu 2 kali episod drama ni. Aku tak pasti la akan ada siri ke 2 atau ke 3. Aku tak mungkin nak ikut jika ada. Hanya berminat nak tau sapa dalang sebenarnya dan kepala terhadap semua konspirasi di dalam kerajaan mereka.
Boleh tonton di Netflix. Ada yang kata di channel lain pon ada. Tapi malas nak tengok tanpa sarikata english. Heeee..