Gambar wang kertas Malaysia dan duit syiling Malaysia siri ke-3

by - Khamis, Disember 22, 2011

 

Para pengumpul syiling dan wang kertas pasti akan tersenyum bila mendapat tahu Malaysia telah mengeluarkan rekabentuk syiling dan juga wang yang baru ..

image

Hurm , cantik ..  Kita tengok syiling dulu eh ..  Setiap syiling dan wang kertas  tu ada nama tersendiri .. Unik tuu .. huhu..

 

 

DUIT SYILING

50 SEN

 

image

Sulur Kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Ciri Keselamatan

Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.

image

 

20 SEN

image

Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

 

10 SEN

image

Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

 

5 SEN

 

image

Destar Siga

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

 

 

WANG KERTAS

 

RM100

image

Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.

Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.

Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.

 

RM50

image

 

Pertanian dan Teknologi

Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.

Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.

 

RM20

image

 

Hidupan Laut

Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.

Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.

 

 

RM10

image

 

Flora

Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.

Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.

Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

 

RM5

image

Hidupan Liar

Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.

Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.

Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.

 

RM1

image

Sukan Tradisional

Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.

Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.

 

 

Sumber – BNM

You May Also Like

38 comments

  1. cantikkk!! Warna dia macam duit saidina :p

    BalasPadam
  2. Waa...cantek2 gak duet syiling tu ek..berketak2..hahaha.. Duit syiling dah rupenye dinar emas plak.. Duit kertas plak sangat2 colorfulllll!!! meriah oke! :)

    BalasPadam
  3. wahh..ade jugak duit wana pink..ni yg suka ni..:)

    BalasPadam
  4. syieda ada duet syiling.. tapi belom ada duet kertas.. huhuhu xsabar nak gune duet baru.. mesti xkenyok2 lagi.. keras je.. weee...

    p/s: orang cakap setiap kali tukar duet, bermaksud mata wang kite jatuh. xtau betul ke x..harap xjatuh, nti nak shopping ke luar hihihi

    BalasPadam
  5. cantik giler2 duit baru..! hehe :)

    BalasPadam
  6. dah ade duit baru .. :)
    n kerajaan dah buat RM20 ringgit pulak .. nape tak teruskan je buat RM2, macam dulu2 tu ??
    pape jelaa ~ :D

    BalasPadam
  7. warna duit kertas makin terang..huhu

    BalasPadam
  8. cantiknya :D !!! rm 20 pon ada jugak..hebatlah...

    BalasPadam
  9. rasa janggal kot nak guna duit baru. haish!

    BalasPadam
  10. macam ada semangat baru bila nampk yg baru tu. haha

    BalasPadam
  11. duit syiling dia totally tak cantik . dah tengok yg abang ipar wat balik . ringan sangat . mcm tak de nilai duit tu

    BalasPadam
  12. cantiknya*sigh*

    mesti bersemangat gila nak tayang duit tu kat shopping mall,^ ^

    BalasPadam
  13. boleh main jutaria lepas ni . haha

    BalasPadam
  14. wow..sungguh cantik..tapi bila duit ni akan keluar?? atau memang dah keluar?

    BalasPadam
  15. duit kertas rm20 dah diwujudkan!Interesting!

    BalasPadam
  16. cantik2... lps ni dh xnak belanja.. duit2 tu semua nak simpan buat koleksi.. hehe

    BalasPadam
  17. sy lebih suka RM20 yg lama..kaler koko (",)

    BalasPadam
  18. @KuLiN haha , betul2. rindu plak nak maen saidina :P

    BalasPadam
  19. waa.... tak sabar nak ada duit baru...

    BalasPadam
  20. salam...
    waaaa..cantiknya...warna warni...
    time raya anak2 mesti suka ngn duit colorfull ni...

    BalasPadam
  21. haha.. mesti jd yg pertama dapatkannya.. hari ni kluar dol

    BalasPadam
  22. comel macam duit saidina jer..hehe

    BalasPadam
  23. warna rm100. rm50 n rm1 patut jgn lebih kurang.... banyak lagi warna boleh pakaiiiiiiiiii

    BalasPadam
  24. menarik kan? tak sabar nak kumpul setiap satu..

    BalasPadam
  25. Warna menarik macam Saidina. Cam duet mainan jer. Cumillah....rindu duit RM20

    BalasPadam
  26. hari tu adik saya ade beli saidina versi upin-ipin... mmg hampir sama.. warna-warni camni... untung la sape rmh dekat dgn bank negara... bleh beli koleksi skrg...

    >>>http://ceritadaribloggers.blogspot.com/

    BalasPadam
  27. Cunnyer....!!

    lepas ni kena berhati2lah dan kena biasekan dengan wang kertas 20 hengget..! hehehe

    BalasPadam
  28. whoaaa ! bestnyeeee duit kaler kaler !!! hehe ~

    BalasPadam
  29. hope quality makin bagus..yang tak elok not rm5..yang ala2 plastik tuh,senang je koyak.ceh.

    BalasPadam
  30. semua cantik2.. tapi paling tak sabar nak dapatkan RM20.. kuning.. ai like..

    BalasPadam
  31. Jatuh cinta rasanya...

    Rasa mengaruk-garuk jer hati nie nak capai RM20.00..

    Mr BEn saya link entry maksud duit nie ke blog saya ya.

    http://madamemaamy.blogspot.com/2011/12/wanted-pilihpilihpilihyang-mana.html

    TQ Mr Ben

    BalasPadam