" Tak payah gi sekolah . Qhaliff !! " . Arah aku.

by - Jumaat, Januari 19, 2018

" Abang.. Qhaliff demam...Camana yer ? ". Wife bagitau.

" Tak pe.. tak yah gi sekolah. Kang gi klinik check.. ". Jawapan aku.

Tiap kali gitulah jawapan aku kalau Qhaliff demam. Aku tak nak dia sebarkan virus kat tadika dia. Kesian kanak-kanak lain di sana. Kalau dia selsema teruk pun gitu gak. Budak budak ni , mudah dijangkiti virus. Dah la liat nak makan makanan berkhasiat. Bagi la menda pelik sikit , terus dia tolak! Kalau makanan yang 'mengarut' tu... laju je mulut ternganga.. tanpa dipaksa.


Ada ibu bapa tak endah bab ni. Sebab apa ? Sebab tak nak amik cuti jaga anak. Cuti tu disimpan untuk gi holiday hujung tahun.. tu lebih penting ! Anak demam skit.. tak pe... cikgu kat tadika leh tengokkan. Nanti apa apa , call je diorang. Datang la amik anak mereka ! Yer, semudah tu.. 

Aku ni bukan apa... Kita tengok sekarang ni.. macam macam virus timbul ! Kalau timbul jer, sah positif.. terus kena kuarantin satu keluarga ! Silap silap satu tadika boleh kena tutup. Haaa.. Jangan pandang dang remeh bab ni. Satu , kesian kat anak sendiri. Dua, kesian kat anak orang lain. Kerja tu , kerja la gak .. tapi mau prihatin gak la dengan insan lain.. terutama anak sendiri. 

Terbaru.. aku dengar cerita , ada anak artis terkenal lak dijangkiti influenza A . Nah , punca tak tau. Tu anak artis yang dikawal tu. Bayangkan yang macam anak aku ni.. Kelas bawahan ni haa... Camana? 

Sedikit mengenai Influenza A. Harap prihatin. Sumber dari BabyCenter

Apakah itu Influenza A (H1N1) ?

Influenza A(H1N1) ialah sejenis demam selesema yang sangat mudah berjangkit. Simptom selesema ini adalah hamper sama seperti selesema bermusim biasa. Ia juga dinamakan selesema babi kerana ia adalah satu bentuk virus baru yang dikatakan berasal daripada babi. 

Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?

Selesema H1N1 merebak dari individu ke individu sama seperti cara virus selesema lain merebak: melalui batuk dan bersin oleh individu yang dijangkiti. Selesema H1N1 sangat mudah berjangkit dan merebak, terutamanya dalam ruang tertutup di mana terdapat kontak yang rapat di antara orang yang dijangkiti dan orang yang sihat. Walaupun digelar "selesema babi" namun penyakit ini tidak boleh dijangkiti daripada pemakanan atau penyediaan daging babi. 


Apakah simptom-simptom Influenza A (H1N1)?

Kesan selesema H1N1 berbeza dari individu ke individu. Sesetengah individu yang dijangkiti virus ini hanya mengalami simptom yang sederhana. Tetapi terdapat juga individu yang boleh mengalami komplikasi seperti penyahhidratan, pneumonia (radang paru-paru) atau kesukaran untuk bernafas. 

Simptom-simptom selesema H1N1 adalah hampir sama dengan simptom-simptom selesema biasa: 
  • demam; dengan mengejut;
  • keletihan atau kurang tenaga;
  • sakit tekak;
  • hidung berhingus
  • batuk;
  • sakit kepala;
  • sakit otot dan sendi.


Selesema H1N1 juga boleh menyebabkan: 
  • sakit abdomen akut;
  • cirit-birit;
  • muntah.

Sila sayangi anak kita.. dan juga anak orang lain ! Jangan pentingkan kerja jer yer.. 


You May Also Like

10 comments

  1. Setuju! Sepatutnya kita (ibubapa) lebih utamakan anak-anak dari perkara lain.

    Perkara lain boleh dicari ganti tapi anak-anak?

    Teringat macam perit jerih dan membesarkan mereka masa kecil.

    P/S: Ben, takde ruang untuk ulasan selain dari option kat bawah ke!?

    http://faisalamirul.my

    BalasPadam
  2. juju kalau anak high tempreture mmg wassup je bos tgh malam ke...pagi ke utk MC...kalau kerja urgent sekali pun juju akan siapkan half day dan balik take over jaga anak sakit form nenek dia...serius betul kata ben...from fever mcm2 boleh diagnosis...cukupla sekali abg Qi kena denggi di usia 5 tahun...sampai bebila juju ingat simptom demam biasa sampai anak jadi x boleh mkn langsung...lemah longlai...platlet drop...drop again...mmg Allah je tau perasaan tu

    BalasPadam
  3. anak saya last year kena jangkitan kuman kat paru2 n then doc ckp kena influenza B..2 minggu jugak duduk ward jaga anak..

    BalasPadam
  4. Memang ada yang camtu, anak demam teruk pun hantar taska. Kalau saya anak demamlah lagi tak senang hati nak kerja.

    BalasPadam
  5. takut juga..aritu terbaca rotavirus juga

    BalasPadam
  6. dulu cikyan pon pnah kne suspek h1n1.. seram.. nasib xde pape.. hahaha

    BalasPadam
  7. betul sgt tu aben. ibu bapa yang bekerja perlu lebih prihatin, dan jangan pentingkan diri sendiri.

    BalasPadam