Minta kerajaan kaji tol Mex Putrajaya !

by - Jumaat, Jun 01, 2018

Awal dibuka dulu , RM2.50 , pun dah terasa beban. Bila dinaikkan ke RM3.50 , lagi laaa terasa bebannya. Kalau laluannya tiada kesesakkan , ok laa gak tapi dari seawal 6.30 hingga jam 8 lebih tu , fuh jangan cerita la dia punya banyak kenderaan.

Bayangkan mereka yang tinggal di bandar Kuala Lumpur dan bekerja di Putrajaya.. ulang alik sehari saja dah berapa ? Tu baru tol.  Petrol lagi ? Jangan disuruh naik bas atau ERL lak yer. Kos dan masa juga memainkan peranan kat situ. Dalam erti kata lain , lebih kurang jer pun. Yang naik kereta ni , bersebab. Kalau tidak , pakat pakat memang naik bas atau ERL jer ke tempat kerja. 


Kalau boleh , kaji semula harga tol kat highway MEX ni . Macam aku yang selalu ke Cheras dari Sepang , inilah jalan yang aku pilih. Terpaksa butakan mata bila lalu tol ni. Bila tengok harga terpamer , sakit hati sungguh. Dah la takda stesen petrol.  Kalau mereka dari bandaraya , mereka akan lalu dua tol ! Nahhh... camana tu ? Berpeluh ketiak woo.. 

Nak naik tu ok la tapi jangan mendadak sampai RM1 ! Masa tu 'bising' pun , kerajaan buat pekak jer! Nasib baik dah dihumban ke laut kerajaan lama. Sekarang , dengan kerajaan baru yang lebih prihatin dengan nasib rakyat moga dapat dipertimbangkan saranan ni. Bukan satu tol ni kena lalu setiap hari ! Banyak tol woo.. sebulan berpeluh nak top up Touch n' Go ! 

Kerajaan baru tidak seperti yang lama ! Rakyat bukan sumber pendapatan utama ekonomi negara ! 

You May Also Like

2 comments

  1. setuju! sebagai pengguna tegar (terpaksa) mex saya menyokong cadangan ini T.T

    BalasPadam