Ulek Beach Resort , Dungun janjikan kualiti masa berkeluarga !

by - Jumaat, Jun 22, 2018

Terengganu , adalah antara negeri yang aku kagumi terutama dengan keindahan pantainya selain dari makanan tempatan seperti satar , keropok lekor , nasi dagang dan banyak lagi. Bak kata seorang kawan, takda insan akan mati kelaparan di Terengganu punyalah !  Huhuhu... 

Setiap kali kalau aku kembali ke Kuala Lumpur dari Kelantan , aku berminat nak lalu Jalan Pantai.  Sangat menarik terutama pada hari siang dan cerah. Bermula dari Setiu hingga ke Kemaman , sangat menyeronokkkan. Berhenti je di mana mana tempat dan pastinya ada kedai makan yang menyelerakan di sana. 

Kali ni , aku sekeluarga memilih untuk bermalam di Dungun. Dan resort pilihan aku pastinya Ulek Beach Resort. Ini kali ke dua aku ke resort ni. Kali pertama , seawal aku berkahwin dulu. Kiranya untuk berbulan madu gitu ! 

Tapi kali ni , Ulek Beach Resort banyak buat penambahbaikan. Aku menginap di family suite. Ada bilik dan berkatil king size serta dua katil single. Puashati dengan bilik. Bersih dan bilik airnya pun besar. Ada sauna lagi tu !

Sememangnya aku saja nak ke sini sebab nak abiskan masa dengan keluarga. Kang dah balik KL , masing masing dah sibuk. Sian dengan diorang lak , kan ? Hehehe.. Harapnya diorang gembira kali ni.  Dan di KL nanti masing masing fresh ! 

Ok.. kita tengok dulu kawasan Ulek Beach Resort ni yer. 



Kolam renang yang santai. Budak budak puashati mandi.

Bersih dan tenang.

Tempat letak kereta yang selesa dan selamat.

Binjai Restaurant

Laut depan resort ni jer. Lintas je jalan. Tak sampai 100 meter pun jauhnya. Dan aktiviti sukan pantai boleh dibuat jika hari cerah. Nah , sekarang jom tengok bilik aku. Heheheh... Hilang penat memandu dan bersedia untuk memandu pulang ke KL. Dengar cerita jammed teruk ! Huhuhuh.. Nasib baik aku dah berehat dulu. 






Di sini tak sukar nak dapatkan makanan. Bersepah restoran dan kedai makan di tepi pantai. Tak kira pagi petang atau malam ! Takda masalah. Kalau malas nak keluar , room services disediakan. Makanan , memang sedap ! 



Anak anak gembira di sini. Aariz seronok ke sana sini berkaki ayam jer. Huhuhuh... Qhaliff dan Zahra , enjoy mandi kolam. Sayangnya , semalam je di sini. Anak anak tak puas. Nak stay semalam lagi  aku ada banyak kerja di sini. InshaAllah akan kembali lagi ke sini.... 

Selain dari family suite , ada pelbagai pilihan bilik lagi. Korang boleh tengok dan buat tempahan terus di http://www.ulekbeachresort.com.my atau boleh je terus telefon di +609 8484 1100

Ulek Beach Resort 
Jalan Pantai 
Sura Hujung , 2300 Dungun 
Terengganu , Malaysia 
Email : reservation.ubr@gmail.com
Facebook : Ulek Beach Resort



You May Also Like

5 comments

  1. Nampak cantik tempat ni. thank you for sharing ben

    BalasPadam
  2. Dah lama tak menginap kat chalet..

    BalasPadam
  3. sesekali bercuti di kawsan pantai mmg best yer

    BalasPadam
  4. Lawanyaaaa! Masuk list family holiday lah gini hehe

    BalasPadam
  5. Wahhh bestnya, bilik cantik dan kolam besar. Nanti nak cuti ke Terengganu boleh pilih resort ni!

    BalasPadam