Bila aku kata kau gemuk !

by - Rabu, Mac 27, 2019

'Memberitahu' seseorang itu gemuk bukanlah sesuatu yang enak ! Ianya mampu menghiris perasaan seseorang. Titik ! Tak sepatutnya kita bagitau orang tu gemuk hakikatnya memang dia gemuk ! Berbeza dengan aku... Heee.. aku suka cakap kawan yang rapat dengan aku , andai dia memang gemuk ! Kenapa ??? 

Gemuk ni ada dua. Satu memang dia berbadan besar. Satu lagi boroi dek kerana makanan ! Berbadan besar ni , lain skit la. Rangka dia memang dah besar. Maka akan kelihatan gemuk. Takda isu la bagi aku. Yang isunya ialah kaki makan pastu malas bersenam !

Dulu... zaman sekolah , aku memang kurus kering. Terasa sado dah masa tu ! Heeee... Bila aku berhenti main bolasepak dan sibuk dengan dunia IT Tanpa Sempadan ni , berat badan aku mula naik. Aku tak sedar pada awalnya. Hinggalah satu hari tu, aku nak sarungkan baju melayu, jadi sendat ! Baju raya tahun lepas kot ? Dah tak muat nak pakai ???? Ketika tu terasa macam baru terantuk pada dinding. Terus tengok cermin. Hurmmm... 


Badan aku naik dek kerana hari hari makan nasi kandar , ayam masak madu atau ayam masak merah. Heeee.. Pagi dan malam ! Selepas tu aku mula bersenam. Masuk gym dan berusaha mengurangkan berat badan. Dari 100+ turun ke 90+ . Namun tersekat kat situ jer. Gagal nak turun ke berat ideal. Kenapa ? Banyak puncanya. Satu , faktor melepak di malam hari. Tidak cukup tidur dan pengawalan pengambilan makanan. Haaaa... 

Bila kita , orang kata gemuk.. janganlah sentap. Amik cabaran untuk turunkan berat badan. Yang nak marah dia kenapa ? Sekurangnya berterima kasih sebab dia jujur bagitau keadaan badan kita. Jika kita tidak berhati hati dan mengurangkan berat badan , pelbagai penyakit boleh singgah !

Contohnya aku.. ketika dalam berat 90kg , aku ada tekanan darah tinggi tapi belum lagi tahap kena amik ubat. Doktor suruh tapi aku tak nak ! Cara terbaik untuk aku mengawal tekanan darah tinggi ialah dengan menurunkan berat badan. 

Ada banyak cara nak turunkan berat badan ni. Jangan guna jalan singkat ! Teknik terbaru sekarang ni yag popular ialah IF ! Yang ni memang ramai berjaya lakukan sebab mudah. Tak payah bersenam pon jadi dah. Tapi kalau bersenam , lagi cantik badan kita. Auw... Hee..


Aku suka amik cabaran bila orang gelakkan aku sebab boroi dan buktikan aku mampu buang boroi aku ni ! Seronok sahut cabaran orang ni ! Bila dah berjaya, tersenyap diorang . Haaa.. masa ni sengih la balik kat mereka. Tapi yang penting ialah kesihatan kita. Kalau kita tak jaga , sapa nak jaga ? Makan tu boleh.. tapi berpada pada. 


Satu je nasihat aku... Walaupun ada yang melenting bila orang kata kita gemuk , kita kena amik positif. Orang tu cakap sebab dia tahu kita camana satu tika dulu. Apa yang kita kena buat ialah ubah. Jika kita nak melenting dan tolak tepi 'teguran sinis' kawan kita tu , maka kita sendiri yang menyusahkan diri kita sendiri. Mulakan dengan mengawal pemakanan dan ubah gaya hidup. Contohnya jika suka lepak malam di kedai mamak , kurangkan. Jika suka makan malam yang berat berat , kurangkan. InshaAllah , akan nampak perubahan dan kita sendiri pun akan selesa selepas itu. 

Cari aktiviti yang mengeluarkan peluh setiap hujung minggu. Tak semestinya kena gi gym atau berlari !  Ingat , badan kita.. kita sendiri jaga ! Duit banyak pun tak guna jika tubuh badan kita tidak dijaga dengan baik ! 

You May Also Like

2 comments

  1. Power ben. Aku belum sempat ke gym lagi bersama ang walau dipelawa banyak kali.

    BalasPadam