Apa kita nak cerita pada anak cucu kita nanti ?

by - Khamis, Julai 04, 2019

Sedih. Serius sedih ! Negara tergadai sedikit demi sedikit. Lama kelamaan , kita akan merempat di tanah air sendiri. Saban hari kita disajikan mengenai berita berita mengenai alam sekitar. Hutan rimba yang semakin menipis , sungai sudah tercemar , udara yang juga bekalan oksigen buat kita pun dah terganggu. Dan terbaru , tanah juga sudah dijumpai mengandungi bahan toksid ! 

Jika semua ini berterusan , apa yang kita tinggalkan untuk anak cucu kita ? Hutan batu ? Bumi yang tercemar ? Penuh dengan sampah sarap terutamanya bahan plastik dan juga bahan bertoksid ? Persoalannya .. Sapa yang harus dipersalahkan ? Apakah tindakan yang ada sekarang ni , tak cukup tegas ? Hurmm...





Apa yang perlu kita buat selain buat bising di media sosial ? Apakah pihak berkenaan akan amik kisah ? Selagi tak kena pada mereka , segalanya adalah 'terkawan' ! Sejujurnya , apa yangberlaku di negara kita sekarang ini , membuatkan hati aku sedih dan sayu. Satu ketika dulu , sungai kita cukup sejuk , jernih , dipenuhi ikan ikan yang ligat berenang ke sana sini tanpa rasa takut tapi sekarang... 

Bila anak cucu kita ajak camping , rasa rasa kat mana kita boleh camping , dengan percuma ! Akan datang , segalanya perlu dibayar dan pastinya bukan murah dah ! Kan ? Takkan nak pakai goggle pastu tengok video menerusinya untuk menikmati alam sekitar , yang sebenarnya. 

Ayuh.. kita mulakan dari yang paling kecil.


Mampukah kita ?

You May Also Like

9 comments

  1. Akibat tangan-tangan manusia...berbalik kepada manusia menanggung akibatnya.

    BalasPadam
  2. kita la ni ambil gambar banyak2 ..nnt tunjuk kat anak cucu.. yang bumi ini indah satu saat dan ketika dahulu .

    BalasPadam
  3. betulah al-quran kata.. rosaknya bumi ni akibar tangan2 manusia huuhuh

    BalasPadam
  4. huiyo... teruk betul pencemaran... hope pihak berkuasa buat sesuatu segera.

    Web Design

    BalasPadam
  5. Benda2 macam ni lah yang buatkan dunia bukan saja facing climate changes, but its now climate crisis

    BalasPadam
  6. Teruk betul pencemaran yanng berlaku sekarang. Masyarakat kena ambil inisiatif bersama-sama membantu menjaga kebersihan alam sekitar.

    BalasPadam
  7. air sampai kuning macam tu. adehhh sedih

    BalasPadam
  8. Rasanya masih berlaku lagi tak kes macam ni sekarang?

    BalasPadam