Meh aku ajar cara menjimatkan ketika membeli belah secara online !

by - Rabu, Julai 03, 2019


Kegembiraan tidak terkata bila tarikh 7.7 menghampiri ! Hehehe.. masa untuk membeli belah barangan yang memang aku nak selama ni ! Hehehee.. Ada beberapa barang yang aku nantikan untuk dibeli dan aku menunggu dengan sabar. Heeee..Lagi beberapa hari jer ! Korang tau tak ni ? Haaa.. 7.7 di Shopee tu ! 

Bukan apa.. selama ni aku dok tengok wife aku beli barang secara online pada masa masa tertentu jer. Katanya jauh menjimatkan. Awalnya aku tak percaya tapi setelah aku ikut dia membeli barang barang keperluan anak anak seperti lampin pakai buang , botol susu , baju.. ternyata benar !  Bukan sekali dua tapi dia di antara mereka yang senantiasa tunggu tarikh tarikh tertentu untuk membeli barangan secara online ! 

Dan aku sendiri pun dah beli beberapa kali barangan secara online. Harga ketika jualan murah tu memang berbaloi la. Ada yang kata tak banyak tapi sejujurnya , kalau beli kat kedai sekarang ni ,nak mintak kurang pun diorang tak kasi ! Tak untung katanya.. Nah , pilihan di tangan kita.Kalau nak segera , gi je kedai. Kalau nak simpan sebagai stok tambahan , boleh je beli online. Simpan dan tunggu tiba masanya , dan guna. Dan biasanya , jumlah dibeli tu bukan satu dua. Heee.. kan kan ?

Kali ni , awal awal dia bagitau aku dah.. 

" Bang.. 7.7 ni Shopee ada buat giler lagi ! Haaa , kalau abang nak beli apa apa.. bagitau la. Alang alang saya nak membeli diapers Zahra dan botol susu Aariz , boleh selit abang punya barang sekali. ".


Ligat terus kepala aku ! Apa barang aku nak eh ? Lagi beberapa hari je ni ! Tapi nak lagi murah ketika 7.7 tu nanti , gunakan shop coupons ni ! Haaa , banyak potongan tu !! Ada beberapa barangan yang aku akan jadi sasaran aku. Antaranya protein, screen protector untuk Samsung Note 9 , headphone , handphone casing , beberapa barang home gym , track suit Under Armour , hoodies... eh , banyak pulak aku nak membeli ni. Harap wife aku tak baca la. Heheeeee..

Dapatkan Shopee Promo Code segera ! 

Inilah antara tips nak berjimat ketika membeli belah secara online. Gunakanlah kupon atau voucher yang ditawarkan ! Jika terskip part ni , memang rugi sangat la. Ramai antara kita tak amik berat part ni pastu bebel kata marah walhal mereka dah pun beri secara percuma promo code atau voucher ni. Gunakan je la.. Ke malas sebenarnya ? Heee.. sendiri rugi la.

Pastukan.. pastukan... pastikan membeli belah tempat yang benar benar selamat dan sebelum nak beli tu , baca dulu review untuk kepastian ! Haaaa, ni antara yang aku diberitahu oleh mereka yang kaki online. Pilihan utama mereka ialah di Shopee walaupun ada banyak lagi web yang menawarkan produk produk yang sama cuma risau part part kena tipu atau scam ! Di Shopee , aku tak pernah dengar isu begitu cuma jika ada masalah ketidakpuashatian , boleh terus hubungi mereka dan mintak mereka selesaikan. Setakat ni , takda lagi bagi aku la. Hee..

Tunggu apa lagi ? Locked tarikh tu dan standby duit. Pastikan beli barangan berbaloi dengan menggunakna promo code yang aku berikan tu ! Klik dan amik promo code kat situ... Tau tak kat mana ? Huhuh.. Ko nehhhh... aku dah bold dah tu.. bawah gambar atas tu haa ! Cepat !

Jomm..jommm !!! Selamat Bershopee yer.. Aumm !








You May Also Like

13 comments

  1. Yeahh kita mmg suka shoppingvonline shopee.. Ala aben belanaj kita sekali. Hahaha

    BalasPadam
  2. SAVE THE DATE 7.7 hihi
    nak shopping juga mmg berbaloi beli time ada promo

    BalasPadam
  3. Kena hold barang-barang dalam chart sampai 7/7 lah gini.

    BalasPadam
  4. Amboi byk noo nak membeli tuu .. beli beli jgn tak beli ..

    BalasPadam
  5. Baik Aben..akan follow tips yang diberi.. thanks sharing

    BalasPadam
  6. Tidakkkkk! Tak nak shopping! (sambil buat list apa nak beli)

    BalasPadam
  7. Tak sabar nak shopping, memang fav online shopping shopee ni hihi

    BalasPadam
  8. Wajib save the date ni 7.7 macam2 dah pikir dalam otak ni. Hehehe

    BalasPadam
  9. Menjelang 7.7 baru shopping sakan.

    BalasPadam
  10. Hehehe saja je ben ni umpan orang bersoping... aduii kena azan kat telinga nnt

    BalasPadam