BEN ASHAARI





Bawa dia bersenam. Lama dah tak berjalan jalan dengan dia. Disebabkan diberi keizinan mereka yang bersenam ni boleh berdua, maka aku bawa Qhaliff naik turun bukit.. dan melawat ke sekolah dia. Hilangkan rindu dia pada sekolah. Dan dia memang rindukan kawan kawna dia. 
Sambil berjalan tu... aku banyak menasihati dia. Dia diam jer. Sesekali menyampuk. Dia tak puashati kenapa asyik dia 'disuruh' buat itu ini bila di rumah. Suruh buatkan roti coklat.. susu untuk adik adik dia. Kemas katil dan sebagainya. 

" Asyik abang , abang.. abang jer.. Ingat butler ker ?" kata Qhaliff. 

Aku jawab.. " Qhaliff.. kalau daddy takda nanti... sapa nak tolong ibu ? Sapa nak jaga adik adik Qhaliff , yer ? Nak orang amik adik adik Qhaliff ke ? Nak berpisah dengan diorang ? Kalau abang sendiri tak rajin.. camana ? Qhaliff dah besar. Kena ada rasa tanggungjawab. Bukan kecik lagi. ".

Dia senyap. 

"Daddy ngan ibu.. sayangkan Qhaliff , Zahra ngan Aariz. Diorang kecik lagi. Nanti dah besar skit, diorang pun kena belajar bertanggungjawab macam Qhaliff sekarang ni. " sambung aku sambil tepuk bahu dia. 


Begitulah... Sejujurnya , aku tak merasa seperti mana mereka rasa. Arwah ayah aku terpaksa bekerja keras siang malam untuk mencari rezeki besarkan anak anak dia. Tak berpeluang untuk berjalan berdua dengan dia. Tapi , aku mengerti. Dia nak kehidupan keluarga dia senang. Tak nak tengok anak anak dia tak cukup makan dan pakai ! 

Aku pernah teringat dulu.. aku nakkan sepasang kasut bola berkualiti. Dia termenung. Dia ajak aku ke kedai. Sebelum tu, singgah ke pejabat dia. Tak lama kemudian , dia keluar dari pejabat dia. Dan terus ke kedai.. Bila aku teringat akan hal tu, aku bertanya pada arwah ayah... Dan dia cakap , dia terpaksa pinjam duit untuk membeli kasut yang aku nak tu. Mengalir air mata aku.  Sejak tu, aku tak mintak dah benda mahal mahal dari dia. 

Pengalaman kehidupan , mendewasakan kita. Cuma keadaan jer berbeza. Jalan cerita.. tetap sama.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Video kes ragut berani mati yang tular baru baru ni di media sosial membuatkan aku tersentak. Seperti yang dijangka, ramai dah mula terkesan dengan  Covid 19 ni. Kehilangan pekerjaan yang menyebabkan 'mereka' bingung nak mencari sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Paling utama camana nak bayar hutang piutang ? Pening.. Tapi tu bukanlah alasan untuk melakukan jenayah sama sekali ! 

Dalam video tu , kelihatan si mangsa dah menjerit kuat tapi belum mampu membuatkan si penjenayah takut dan nekad untuk terus menyamun. Akhirnya dia berjaya juga menyamun dan melarikan diri. Tapi katanya dah berjaya ditangkap. 

Apa pun.. aku teringat satu alat yang aku rasakan sesuai untuk kes kes begini.  Aku cari di Lazada dan baca review pembeli. Sangat positif review mereka. Harga pun ok. Terus aku beli 3. Satu untuk wife. Satu letak dalam kereta dan satu lagi dalam rumah. 







Bunyi dia memang cukup menyakitkan telinga. Alat ni jangan sekadar simpan dalam beg. Pegang dan bersedia jika kita berada di tempat terbuka yang sunyi dan dirasakan bahaya. Jika menaiki kereta , standby juga picit alarm kereta. 

Ok.. ada yang kata beli juga pepper spray. Bagus juga pepper spray ni tapi seperti kita tau, alat alat yang boleh mengancam nyawa ni , boleh disalahgunakan ! Aku google mencari jawapan apakah dibenarkan guna penyembur lada ni ? Aku jumpa beberapa artikal termasuklah dari akhbar yang mengatakan boleh tapi aku lebih suka berpegang pada web AskLegal ni. 




 


Satu lagi alat yang boleh disediakan ialah lampu suluh LED tu ! Haaa.. beli yang kecil tapi lampunya mampu membutakan mata sekejap. Cukup memberikan peluang untuk kita melarikan diri jika diserang penjenayah. Ini dah memadai sebagai langkah keselamatan. Nak lagi selamat , elakkan sekiranya boleh  dari berada di tempat yang mampu mengundang penjenayah. 

Apa pun.. ini sekadar pandangan amatur aku jer. Kalau korang ada idea yang lebih cantik , boleh kongsikan di ruangan komen ni. Aku pun tambah ilmu keselamatan diri yang mana aku boleh kongsikan juga pada rakan rakan di media sosial. 

Semoga bermanfaat. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Terliur aku masa menulis entri pasal Restoran Madinah ni. Macam nak terus gi sana je ! Hahahah.. Kenapa ? Fuh.. kalau korang pernah gi makan kat sini, mesti korang pun akan tersenyum punya bila aku kata gini.. kan kan ? Sedap sangat kan ? Haaaa.. Confirm akan tapau punya. Dan dia punya kenyang tu, memang sangat memuaskan hati. 

Restoran Madinah ni ada dua cawangan. Satu di Ampang dan satu lagi Kajang. Dua dua ni , boleh delivery terus ke rumah korang terutama di musim pandemik Covid 19 ni. Jangan risau sama sekali kalau terliur. Order jer.. nanti sampai ! 

Oh ya... sini makanan memang original yer ! Chef serta ramuan memang dari Arab punya. Air tangan asli gitu. Confirm puashati. Aku yang dah nikmati sebelum ni, memang terbayang sangat dah nak kembali ke sini. Tak perlu tunggu Ramadan dah nak nikmati makanan Arab ni bila tau adanya Restoran Madinah ni. Berbaloi ! 

Kebab dia.. kalau korang beli la kan... kan... jangan satu ! Hahaha.. Bukan tamak tapi sedap sangat. Bukan sebarangan kebab dia. Lain macam tul ! Patutlah mereka yang gi Arab Saudi tu, kalau cerita bab makan ni. fuh... kekenyangan sangat ! Puashati katanya. 

Nasi beriyani arab dia ? Waduh waduh... lazat sekali weh ! Aku yang memang pengemar nasi Arab ni , bertuah dapat rasa yang asli punya di Malaysia ni. Bagi yang pernah ke Arab , mesti merindui nasi Arab ni kan ? Tunggu apa lagi.. cuba laaa !





Delivery atau Penghantaran Terus ? Mestilah ada ! 
 
Kalau nak order secara online , mudah sangat. Klik SINI  terlebih dahulu kemudian , LOG NI. Tengok di bahagian atas sekali dalam web tu.. Haaaa.. Klik situ pastu register dulu. Barulah buat pilihan makanan dan bayaran. Tak susah pun kan ? 



Setiap Sabtu , 100% Lamb Kebab di jual tau ! Pastikan jangan terlepas. Hanya hari Sabtu saja. Hehehe.. Sedap woooo ! Hanya di cawangan Ampang saja. Kalau di Kajang , lain lak special dia. Leh tengok di bawah ni. 



Cawangan Restoran Madinah : 

1. Ampang: 
18-L1, Jalan  Ampang Putra 6, 
Taman Putra Suliman, 68000 Ampang
Selangor 

2. Kajang: 
Ground Floor, 
Unit No. PA-S-17, PEARL AVENUE Shop 
Jalan Pasir Emas, 43000 Kajang, Selangor DE


Food Panda : berkatmadinahrestaurant ( Ampang dan Kajang )
Tempahan Online : https://kebabdelivery.madinah.com.my/en_MY

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
 Yang di tunggu-tunggu telah tiba. Anak anak kembali ke sekolah tapi tanpa berpakaian seragam persekolahan. Masing masing terkilan. Dah bersedia dengan kasut baru... baju baru... beg baru.. tapi masih di rumah ! Kesian.. tapi nak kata apa dah ? Nak gi sekolah , takut dijangkiti virus. Walaupun di sekolah SOP ketat tapi kita sedia maklumlah dengan budak budak ni punya perangai.. kan ? Bukan senang nak perhatikan mereka. Cikgu pun ada banyak kerja nak diuruskan. Maka sebaiknya , belajar dari rumah dulu sehingga kes jangkitan ni ke paras selamat seperti yang sebelum ini. 

Kelas online persekolahan dimulakan oleh Zahra dulu. Tahun 1. Sesi perkenalan. Nasib baik murid kena hantar video jer. Kalau tak ? Nah... ginilah ! Dek kerana dah terlalu lama asyik tidur lewat.. bangun lewat.. maka.. Zzzzzzz di awal pagi ! Tapi abis je masa dia , terus lena atas meja. Tak sempat suruh buat apa apa kerja pun. Naya tul kalau gi sekolah macam ni ! Hahaha



Si abang ? Dia ni memang teruja bila melibatkan kawan kawan. Seronok dapat tengok kawan kawan sebaya. Pastu teruja nak bersoal jawab dengan cikgu. Kalau aku dulu ? Sah sah kamera video tu nampak dahi aku jer. Hahahha.. Tapi dia ni tak.. uuka nak melibatkan diri ! Adeh.. 

Malam Khamis ni , kelas Sains dan English lak. Huhuh.. Aku , kena teman sebelah dia. Takut masalah teknikal seperti kehilangan wifi dan juga laptop hang ! Huhuh.. 





Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Hari ni dah mula persekolahan dari rumah. Nak gi sekolah , tak leh.. Takut Covid 19 menyerang anak anak kecil kita. Huhuh... Nak cerita panjang pasal Covid 19 ni pun, korang dah meluat punya.. kan kan ? Penat hidup dalam 'ketakutan'. Bukan takut pada virus tapi virus yang tak takut dengan kita. Kan kan ?

Pembelajaran online nak kena guna laptop dan telefon pintar. Pastu nak kena guna headphone untuk pastikan kita dengar dengan lebih jelas dan tak nak ganggu orang sekeliling kita bila kelas sedang berlangsung. Kan kan ? 

Tapi masalahnya ialah.. apakah penggunaan headphone tu tidak memberi kesan pada anak anak kita untuk jangka masa panjang ? Ni yang merisaukan sesetengah ibu bapa termasuk aku. Tapi aku , takda la nak kasi anak anak aku layan headphone ni pun ! 

Kenapa ? Aku dulu kerap guna headphone layan lagu. Gi kerja , gi bersenam.. Sekarang aku terasa sesuatu pada telinga aku ! Cam berdesing ! Sebelah kanak telinga. Aku tak berani nak kata punca dari headphone tu ! Tapi aku tak nak amik risiko pada anak anak aku. Maka sebaiknya , aku elakkan mereka guna headphone selagi mereka belum dewasa. Buat masa ni, dengar je la dari speaker atau paling tidak pun, guna yang kaki basikal selalu guna.. 



Kesimpulan.. apakah headphone tak bagus untuk anak anak ? Boleh je tapi rendahkan suara dan hadkan penggunaan. Jangan terlalu lama dalam satu satu masa.  Boleh je google cari kajian kajian mengenai headphone ni di internet. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Semalam , buat pertama kali Qhaliff join kelas online. Suka dia ! Tak sabar nak duduk depan laptop dan belajar dan pada masa yang sama , dapat kawan serta cikgu baru. Nasib baik ada kelas malam online ni. Boleh dia buat latihan dengan cikgu berpengalaman dan paling penting dia tak boring dah di rumah. Dia tau tiap malam dia akan akan belajar. Tak lagi boring ! Ngadap gajet pun lama lama tepu ! 

Semalam kelas Bahasa Melayu. Aku duduk sebelah dia dan tonton sendiri bagaimana cikgu BM tu ajar. Memang murid murid dalam kelas tu beri perhatian dan turut amik serta dalam pembelajaran tu. Maksudnya , cikgu tanya , diorang jawab. Cikgu kasi soalan , diorang jawab. Dalam tempoh masa singkat , masing masing memberikan komitmen. Cikgu pulak takda la serius memanjang. Sangat membantu murid.

Malam ni Matematik. Ahaa.. Tahun 3. Alhamdulillah. Aku bukanlah nak stresskan dia. Buat mana termampu je. Aku tak nak bila dia besar nanti, dia cakap mak ayah dia tak bagi dia pelajaran dan salahkan mak ayah dia. Sekurang-kurangnya , dia belajar , dia faham dan dia praktikan dalam kehidupan dia. Bukan sekadar untuk lulus dalam peperiksaan dan masuk universiti ! No no no ! Tidak sama sekali. Aku nak dia jadi manusia yang berguna pada agama , negara dan bangsa ! 

Bulan Februari ni , Zahra join lak untuk Tahun 1. Aku nak tengok camana dia lak. Kelas online untuk Qhaliff dan Zahra , malam jer.. Ok la. Kena susun atur waktu gym aku semula. Huhuh..







Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut , boleh terus whatsapp ke Puan Fida di 011-56998919







Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Older Posts

Blog Stats

Entri Pilihan

Kedai cermin mata viral di Sungei Wang jadi pilihan kawan kawan..

Cuaca panas. Nak memandu , terganggu dek silauan matahari atau mata berair dan penat dok mengadap gajet lama sangat. Tak bagus untuk ma...

Blog Archive

  • ▼  2021 (30)
    • ▼  Januari 2021 (30)
      • Sapa nak jaga adik kalau daddy dah takda ?
      • Kes ragut berani mati ni membuatkan aku membelikan...
      • Restoran Madinah untuk mereka pengemar makanan Ara...
      • Gelagat Hari Pertama Persekolahan ( Belajar dari R...
      • Ok ke guna headphone pada kanak kanak ni ?
      • Kelas tambahan sekolah rendah dan menengah memudah...
      • Jangan kongsi jika tak pasti !
      • Harga pasaran Samsung Galaxy S21 5g dan Samsung S...
      • Alhamdulillah. Aku sembuh dari virus Covid 19 Stag...
      • Nak kurus ! Tapi makan sedap sedap ! Camana tu ?
      • Hari pertama PKP 2.0 di tahun 2021
      • Jangan sesekali lupa siapa yang basuh berak korang...
      • PKP 2.0 : Malaysia cipta sejarah di awal tahun 2021
      • Dalam keadaan sekarang ini, jangan percaya sesiap...
      • Drama Korea kena ada pelakon hensem baru best ?
      • RMHC Malaysia sumbang RM100 ribu kepada 50 rumah a...
      • Apa perlu anda buat jika anda 'contact rapat ' pos...
      • Kenapa korang perlu pakai cermin mata ?
      • Pastikan kasut sekolah terbaik untuk kaki anak kita !
      • Lemas dengan Face Mask ? Guna ni jer..
      • Pelakon Janna Nick kena hentam di Twitter...
      • KALAU nak 'selamat' sila ikut jer..
      • Ok ke guna Erojan untuk tingkatkan stamina dan 'po...
      • Banjir.. apa persiapan yang perlu dilakukan ?
      • Cerita sebenar kenapa makcik tu buang sampah ke da...
      • Kluster pelancongan pulak ?
      • 5 tahun dah Aariz tapi masih fikir nak hantar ke t...
      • Orang lelaki kena amalkan senaman ini untuk kuatka...
      • Bikin hal la Dr. Romantic !
      • Kenapa perlu perlekehkan negara kau sendiri ?
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (408)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (43)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4968)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (490)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4407)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (430)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (168)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (28)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Rakan Blog

Catatan Popular

  • Restoran Madinah untuk mereka pengemar makanan Arab terutamanya Kebab yang cukup sedap !
    Terliur aku masa menulis entri pasal Restoran Madinah ni. Macam nak terus gi sana je ! Hahahah.. Kenapa ? Fuh.. kalau korang pernah gi maka...
  • Kes ragut berani mati ni membuatkan aku membelikan alat ini untuk si isteri dan juga..
    Video kes ragut berani mati yang tular baru baru ni di media sosial membuatkan aku tersentak. Seperti yang dijangka, ramai dah mula terkesan...
  • Harga pasaran Samsung Galaxy S21 5g dan Samsung S21 5g Ultra
    Semalam tengok live di Twitter , pelancaran  Samsung Galaxy S21 5G dan Samsung Galaxy Ultra 5G serta earbuds dia yang cukup menawan jiwa aku...
  • Miliki darah ibu ?
      9 bulan.. sekali pon tak pernah demam walaupun selepas disuntik. Tapi kelmarin dia demam.. Bila dia demam , tu diaaaa.. memang manja abi...
  • “ Jangan tampal cool fever di dahi anak anda ! “
        Lama dah aku dengar info ni hinggalah aku upload gambar Zahra di bawah ni  di Instagram , dan ada rakan bagi nasihat. Maka aku seper...

Memuatkan ...

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes