Memandangkan aku nak buat satu hari satu pencarian header di dalam segmen " MILIK SIAPAKAH HEADER INI ? " , maka aku nak perbanyakkan lagi blog blog di dalam blog list aku ..
Jika anda berminat , mudah saja ... Caranya ialah ,
Tu je.. segera yer ..
Memandangkan aku nak buat satu hari satu pencarian header di dalam segmen " MILIK SIAPAKAH HEADER INI ? " , maka aku nak perbanyakkan lagi blog blog di dalam blog list aku ..
Jika anda berminat , mudah saja ... Caranya ialah ,
Tu je.. segera yer ..
Wife aku ada pesan satu night cream dari seorang dealer NATENE ni .. Maka semalam datang la dia kat opis aku.. hantar by hand lagi..eheh.. Kebetulan lak aku nak g bank waktu tu.. kat tangan aku penuh ngan barang .. Maka bertambah lagi barang ... huhu..
Aku ni jenis tak leh banyak pikiran pada satu satu masa .. kena buat aturan .. huhu .. G pejabat pos .. masuk duit dalam ASB .. Selesai ..
Lepas kerja , bila dah sampai ke stsn LRT , aku baru ingat yang aku tertinggal krim tu kat opis .. haih ... nak patah balik dh jauh .. Esok je la ...
Pagi tadi .. sampai sampai opis , perkara kedua aku buat selepas update blog ialah , cari krim tu .. Cari punya cari... takde !! Ah , sudah .. mana pulak.. abis semua aku selongkar.. Takde gak !
Mesti tercicir kat mana mana .. bila aku cuba ingat pit-stop aku semalam , aku rasa mesti tertinggal kat pejabat pos.. tapi aku dah cukup pastikan agar tak tertinggal semalam .. takkan boleh berlaku gak ????
Aku bagitau kat wife... kecewa gak dia.. yelah, bukan murah sungguhpon aku yang bayarkan ! huhu.. Tak pe la..takde rezeki.. aku cuba pujuk.. nak beli lain , dia tak kasi.. membazir katanya ..
Tak pe .. aku nak g pejabat pos gak jap lagi .. nak masuk duit lagi.. hehe.. banyak pulak duit nak masuk ni.. hahaha..
Kat kaunter tu .. ehem.. awek lak jaga ( psst .. cun tu.. hehe..kena cakap pelan pelan.. kang ada kena tarik telinga ) .. aku segan la nak tanya .. Kalau kat akak yang biasa aku berurusan tu , ok la gak .. huhu..
Camana ek nak cakap .. Gabra pon ada neh .. Kuatkan semangat.. Lalu ..
"Err..rasanya semalam , saya ada tertinggal barang kat sini.. Krim .. dlm plastik.. kecik je "
" Oo.. ada.."
Mmg dia simpan .. kebetulan lak kat dia .. nasib baik .. mmg rezeki wife aku la.. hehehe..
Pagi tadi , rezeki aku .. dapat kredit dari dia .. Tu la kan.. kalau dh nak dikatakan rezeki ... Tak leh nak jangkakan ..