Popularkah aku ? Akukah popular ?
Bila ada orang cakap begitu kat aku , " Awak BEN ASHAARI , blogger yang femes tu ke ? " , maaf .. aku hanya mampu terkedu ! Alangkah indahnya jika benarnya kata kata itu tapi sayangnya , mungkin itu sekadar gurauannya ..
Perlukah aku jadi popular ? Bagus sangatkah ? Ada baik dan buruk ... Jika kita ingin membuat sesuatu dengan blog itu seperti bisnis , populariti blog amat penting. Bila sebut je nama , semua orang kenal .. Maka benar , popular itu penting .
Tapi aku ??? Aku bukan nak buat bisnis ( lagi ) ... tapi ada la perancangan akan datang .. hehe .. Tapi aku bukanlah seperti mana yang mereka ceritakan tu.. POPULAR ?? Huih... malu aku.. malu sbb blog aku ni , orang kata ibarat buku budak tadika.. sekadar untuk contengan dan baru nak kenal huruf ..
Sbb itulah aku sekadar bermain di tepi tepi jer .. nak karang ala ala tesis tu , lom lagi tahap aku.. kalau dah gitu tahap aku , aku terbitkan terus je buku... hehe.. ke E-BOOK .. kan kan ?
Maka dengan ini , silalah gugur perkataan popular itu kerana aku masih belum layak memakainya .. lagi 5 tahun ok la kot .. hehee... POPULAR seiring dengan KEKAYAAN .. waalaahh.. i loike ...
Dulu kan .... masih aku ingat kan ... kan ...
keluarkan kereta buatan tempatan
dan buat ..
dan
dan
ada mulut mulut nakal mengatakan ..
Bayangkan kesemua itu tiada ...
Kita di sini menggunakan kereta kereta buatan luar negara ..
Penduduk dan pelancong di Pulau Pinang terpaksa beratur panjang untuk naik feri ..
Tiada mercu tanda.. bila kita ke negara orang, kita takjub dengan kecantikkan bangunan mereka .. tapi bila mereka ke sini ? Atau , bila di sebut MALAYSIA , apa yang ada dalam kepala mereka ?
dan bayangkan bangunan bangunan kerajaan yang masih bersepah sana sini .. bukan setempat seperti yang sedang diusahakan oleh kerajaan agar semua kementerian dan jabatan berada di satu kawasan saja ..
Andaikata , semua wang wang itu diberikan kepada org org miskin , pastinya mereka akan menggunakan dengan sebaiknya ..Tapi jika dilaburkan serta diberi juga pada yang memerlukan (walaupun jumlahnya sedikit ) tapi untuk jangka panjang , mungkin dapat menjana ekonomi negara , secara tidak langsung ..
Bayangkan ... diberi RM10 pada seorang fakir , lalu dibelinya makanan .. habis.. esok pula bagaimana ? Jika wang yang sepatutnya diberi pada fakir itu , dibuat perniagaan , lalu diambil si fakir itu bekerja , bukankah lebih baik ?
Kita tak nampak apa yang mereka cuba lakukan kerana kita hanya dapat lihat secara kasar sedangkan mereka telah melakukan kajian secara terperinci . Yang pentingnya , mereka cuba membangunkan negara hari ini untuk esok , sedangkan ada dikalangan kita cuba membangunkan negara untuk hari ini sahaja !
Terima Kasih buat Perdana Menteri Malaysia , dari dulu sehingga sekarang .. Aku tak perlu berlari ke sana sini utk mengelak dari ditembak musuh ! Aku tak perlu memakai topeng untuk menjerit membusukkan sesebuah negara lain bagi mendapatkan sesuap nasi ..
Walaupun aku cuma kais pagi makan pagi , namun aku tetap bersyukur , sekurangnya makanan yang aku dapat itu mengenyangkan perut serta berkhasiat.
Apa yang mereka buat dibelakang kita , itu antara mereka dengan Allah . Sebagai rakyat , kita ada amanah kita sendiri .. Adakah kita sendiri menunaikan amanah yang diletakkan dibahu kita itu ?
Wallahualam... sekadar pendapat amatur ..