Hehe.. tak mungkin boleh bersatu .. kan ? Masing masing ada 'agenda'nya sendiri .. Akan wujud politik blogger.. hehehe..
Tapi takkan tak boleh bersatu kot ? Bukan susah pon nak bersatu ? Hurm .. Blogger ni terdiri dari orang cerdik pandai .. Tak kira la dari blog mana pon dia , sah sah dia pandai .. Pandai dan peka ! Jadi , sudah tentu banyak 'kepala' ..
Bagaimana nak satukan blogger dibawah satu bumbung ? Hehe... satu usaha yang amat payah jika ingin menjadikannya satu realiti walaupun sekadar fantasi ..
Tak susah .. segalanya terletak pada blogger itu sendiri .. Kerjasama amat diperlukan disini .. Kesilapan blogger sekarang ini ialah , mengejar populariti .. Bila popular dirasakan $$ akan masuk , kan ? Tapi sebenarnya , tak guna popular jika blog tak memberi manfaat pada orang lain terutama pembaca blog ..
Kebanyakkan blogger , nak naik dengan cepat .. Teringin jadi 'artis popular' ... Buangkan niat itu ... Lagi cepat kita naik , lagi cepat orang lupakan kita .. Apa kata , masa 'naik' tu , taburkan 'benih kekacang' di kiri kanan kita .. Satu hari nanti , benih itu akan berguna buat mereka yang ingin mendaki di laluan yang sama .. Sudah pastinya benih itu boleh dijadikan sumber bagi mereka ,kan ?
Bagaimana nak mewujudkan blogger yang bekerjasama antara satu sama lain tanpa ada rasa perbezaan peringkat ? Aku ada idea tapi sudah pastinya mereka tidak ingin sama turut menjayakannya..
Kepada blogger blogger baru , jangan mengejar populariti .. Biarlah dia datang sendiri .. Jangan risau .. jika anda rajin , anda akan berada diatas ... jika malas , jangan risau .. anda akan berada di takuk itu sahaja.. ;)
Bagi aku , lebih ramai blogger , lagi best ! Rezeki yang ada di dunia internet ni terlalu banyak untuk diagih agihkan ... Jangan tamak dan haloba.. takkan abis kita makan seorang ..
Biar mereka bercerita tentang blog .. dan pastinya akan menarik minat mereka untuk memiliki satu.. Tunggu apa lagi ? Bantulah mreka.. bantulah agar mereka berada di kemuncak bersama sama kita..