Hurm .. ramai teringin nak majukan blog mereka .. ingin berjaya seperti blogger blogger popular yang mana sehari mampu menarik beribu ribu pembaca .. aku pon teringin gitu... entah bila nak merasa pon tak tau ..
Ada yang sampai buntu kepala otak mencari idea .. Ada yang sampai terkeluar landasan menulis entri .. Ada yang sampai berguling guling atas katil mencari idea .. Namun idea langsung tak nak jengah ..
Apa yang perlu buat bila takde idea ? Mudah jer .. Shutdown pc dan g tengok tv atau makan .. Paling bagus , baca kitab Al-Quran atau kitab kitab agama .. Pasti akan ada idea selepas tu ..
Menenangkan fikiran adalah cara terbaik untuk mendapat idea .. Jangan memaksa kerana bila memaksa idea yang menjengah tu jadi mengarut.. Takde info dan tidak langsung berguna untuk pembaca .. Tak kira walaupun entri tentang diri sendiri sekali pon , kita boleh masukkan pelbagai info di dalam itu ..
Kena kreatif.. blogger kena kreatif .. boleh mengarut tapi infomatif ..