Sebagai blogger , korang pasti akan menerima pelbagai kritikan membina , membunuh dan membinasa ... Yang memuji ni , aku kurang pasti nak kata mereka ikhlas atau sekadar nak membodek.. Wallahualam.. tu kena tanya mereka sendiri .. Bagi aku , apa saja mereka tulis aku terima..
Tapi jika mereka mengkritik untuk 'membunuh' semangat seseorang blogger itu , aku tak boleh terima .. Dalam dunia blogging ini , semua orang ada hak untuk 'bersuara' .. cuma perlu guna cara yang betul dan tertib.. Jangan main sedap je bersuara .. Nak mengajar kena guna psikologi .. bukan terus bagi hukuman ..
Blogger baru biasanya akan dikritik tanpa tanpa mengira latar belakang oleh mereka yang biasanya berlagak pandai atau sememangnya terlebih pandai .. Ada blogger mampu tahan dan ada yang tidak .. Kena tabah hadapi semua ini ..
Blogger juga ada cara tersendiri untuk menarik minat pembaca mereka .. Bagi aku , blogger seperti jurukamera .. ke mana mana usung kameranya .. setiap apa yang dipandangnya adalah objek yang boleh dijadikan gambar yang menarik jika pandai bermain angle .. Kadang kadang kita nampak objek itu biasa je tapi tidak pada mereka ! Itulah yang perlu ada pada seseorang blogger .. Sesuatu isu itu kadang kadang nampak biasa tapi cuba berikannya pada sudut pandangan anda dengan cara yang berbeza tapi membina ... Siapa tau , pandangan blogger diambil kira satu hari nanti ??
Mata blogger sama seperti lensa kamera .. bezanya blogger ada hati dan perasaan .. bijak menentukan mana yang patut disiarkan dan mana yang patut di pendam ..