Sekadar bual kosong dari aku .. Bab FOLLOWER ni mmg senantiasa jadi isu menarik dan panas bagi blogger baru .. Blogger yang dah lama , agak lama .. mungkin malas nak bicara pasal ni dah ..
Aku ? aku suka buat entri pasal Follower sbb ianya semangat bagi aku .. Makin naik bermakna makin ada pembaca baru .. Yelah , seorang boleh daftar sekali je kan ?
OK.. kenapa blog tu diFOLLOW atau memFOLLOW blog tu ? Ramai pertikaikan bab rupa paras menyebabkan blog tu menjadi pilihan .. Aku dulu pon pikir gitu .. tapi setelah lama berblog , akhirnya membuat kesimpulan .. biar je la blog tu .. Dia ramai atau kurang , tu tak penting ! Apa yang penting ialah ... blog kita !!!
Sebelum kita nak mengata blog orang .. sebelum nak 'fire' blog orang .. perhatikan blog kita .. Apakah dengan mengkritik blog orang itu menjadikan blog kita best ?
Ginilah .. perhatikan blog kita.. apakah kelebihan blog kita berbanding blog orang lain ? Entri kita bagaimana ? Kekerapan update blog ? Promosi ? Dan banyak lagi perkara yang boleh difikirkan dan dikaji untuk mempertingkatkan mutu blog kita .. Tu lebih baik dari g kaji blog orang lain untuk mencari kesalahan dan kekurangan blog tu .. kan kan ?