" Aku jumpa kau nanti .. siap ! aku Cincang2 kau nanti "
" Weh.. apa punya blog daaa.. baik ko g bunuh diri je la dari buat blog gini "
Dan banyak lagi .. tak kira sms , artikal , komen mahupun chat .. kadang kadang kita berniat memain .. tapi sedarkah jika dilaporkan ke pihak berkuasa , paling tidak pon berbulan merengkok dalam penjara kerana ianya boleh dikatakan berbau ugutan ..
Bila sakit hati.. geram .. macam macam perkataan yang tak enak boleh terlepas keluar .. Tapi sekali dah terlepas keluar , bolehkah ianya kembali semula ? Jika penerima merasa dirinya terancam , lalu tindakan melaporkan ke pihak polis dilakukan .. maka ... bersedialah untuk dipanggil ke balai polis dan naik turun mahkamah sekiranya si penerima tu mengambil tindakan menyaman ..
Aku terbaca tadi di suratkhabar yang keluaran minggu lepas .. Hurm.. Seorang lelaki di denda RM1000 atau penjara 3 bulan kerana mengirimkan sms berbau ugutan terhadap bekas rakan baiknya .. Hurm.. tak pasal pasal kan ?
Biasanya , pasangan yang bercinta pastu bergaduh... selalu gini kan.. Sms yang dikirim bermacam kata kata kesat termasuklah ... Hurm... fikirkan keselamatan diri .. berapa ramai dah anak dara dicurahkan asid ke muka kerana kes cemburu ... Jangan sampai berlaku pada kita .. Manusia semakin hilang pertimbangan sekarang ni .. macam macam dah terjadi ..