Serius.. confirm ke ? Confirm la siot .. Dulu ramai kata aku popular sebab aku kacak ! Wah... kacakkah aku ??? Kacang ada la... Tang mana kacak pon tak tau laa...
GEGAR 1,000 BLOG memberi aku peluang untuk melawat blog blog yang terbaru serta terkini malah lebih anggun gitu .. Aku sempat masuk ke beberapa buah blog yang ada dari 1,000 tu ..
Pemilik blog , mmg ada rupa.. Malah headernya pon turut dipacakkan mukanya sebagai trademark ! Haa... mmg terkelip kelip la bijik mata bila tengok header dia.. Tak kira la laki ker perempuan blogger tu tapi yang aku pasti sangat , kenyataan BLOGGER KACAK / CUN GERENTI POPULAR tu ternyata salah !!
Kenapa aku kata salah , sbb tak ramai pon pengunjung blog mereka tu .. Tapi apa yang aku nampak , mereka menghasilkan entri entri yang menarik .. Kira baca pon berbaloi la .. Cuma apa yang kurang ialah strategi memasarkan blog mereka tu ..
Ada blogger cakap , tak payah promosi blog ni .. Nanti ada la orang tau ! Ehem.. Malaysia , aku amik contoh la yer .. Negara yang amat menarik sekali untuk dilawati.. Pelbagai tarikan ada di negara ini .. Tapi negara Malaysia ini , baru je dikenali dunia tau ! Sebelum ni , orang di luar sana tu tak tau pon akan kewujudan negara MALAYSIA ni ! Berkat promosi pelancongan bertahun tahun lamanya , barulah negara tercinta ini dikenali.. Bukan sehari dua tapi bertahun tahun ! Lama tau !!
Jadi , blog yang bagus entrinya takkan lengkap sekiranya tiada promosi .. Tengok la filem filem yang box-office cam AVATAR , SPIDERMAN dan banyak lagi.. setahun sebelum keluar panggung , diorng dah war warkan .. Ni blog yang mana penulisnya cumalah dikalangan orang biasa tetapi nak dikenali tapi tak nak buat promosi.. camana tu ? Harapkan pembaca war warkan ? Hellooo... cermin sat muka kita tu ...
Kesimpulan .. raut wajah adalah no 3 .. entri no 1 ... promosi no 2 .. barulah blog kita berada dalam hati pembaca .. Ini sekadar pandangan aku .. Tak setuju ? Tak kisah.. Setuju ? Senyum je la yer..