Geram sebenarnya aku tengok kejadian ni kelmarin sewaktu aku nak balik ke Putrajaya .. Tapi memandangkan waktu tu aku nak cepat dan aku berdoa dalam hati agar gadis tersebut cepat yang dia sedang ditipu !
GORES dan MENANG .. tu lah dia .. korang tau la sapa punya kerja ni kan ? Kesian kat budak perempuan tu.. Sambil aku lalu tu , aku sempat jeling .. budak laki tu dok cakap hadiah kereta .. dan budak perempuan tu siap tanya macam macam .. Manakala rakan budak laki tu , sorang standby usha line dan sorang lagi , perempuan beria ria mengiyakan kemenangan peserta lain ..
Hurmm.. kawasan tu biasanya penuh dengan polis tapi peliknya petang tu takde .. haih.. Kalau terjumpa , mau jer aku suruh polis g usha kat tempat tu ..
Hurm.. sasaran mereka , aku rasa budak perempuan yang keseorangan ketika mahu ke Hentian BTS tu... aku harap korang yang baca blog aku ni , tolong berhati hati jika ke sana.. tak perlulah dok pk nak senang cepat .. Takde maknanya kat KL ni nak senang dengan cara gores dan memang .. Mengarut je semua tu !! ...
Gambar HENTIAN BTS , klik SINI