Pernah capai gitu tak ? Dalam satu masa , bilangan pembaca mencecah 1,000 orang pembaca !! Pergh.. mmg seronok gila weh ! Tak terucap dek kata kata ...
Aku pernah sekali .. mmg hang terus blog aku ! Tak leh masuk wooo.. Masa tu aku buat entri kematian seorang artis ... Hurm.. mmg sedih gak la masa tu .. tapi aku buat masa tu lebih pada nak bagitau je la..
Tak sangka ramai masuk... Tapi bila aku fikir semula , aku patut berbangga ke dengan entri begitu ? Hurm.. tu bukan cerita aku !! Tu bukan hasil titik peluh aku .. tu bukan idea aku ... hurmm .. semua orang buat cerita yang sama ...
Dan aku tak bangga dengan trafik aku tu langsung .. Kenapa ? Tak memberi 'pulangan' kepada pembaca ! Aku nak buat entri yang mana pembaca tersenyum dan kembali memikirkan tentang entri tersebut..
Biarkan cuma pendek entrinya tapi mereka faham dan 'akur' akan entri tersebut.. Macam entri entri aku pagi tadi .. korang leh rujuk kat SINI ..Inilah adalah entri yang mana aku berikan peluang pada pembaca untuk sama sama fikirkan tentang dunia masakini ..
Apa guna 10 juta trafik sehari tapi pembaca pulang dengan otak kosong ? Maka berbanggalah dengan blog korang tu.. walaupun entri pasal baby sekali pon , ada yang dapat maklumat mengenai pengalaman kita tu .. dah cukup bagus.. Baik satu dari kosong !