KUALA LUMPUR: Keputusan rayuan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan yang setaraf untuk sesi akademik 2011/2012 boleh disemak mulai tengah hari esok.
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata pemohon boleh berbuat demikian menerusi laman webnya di www.upu.mohe.gov.my atau pada laman web universiti yang dipohon.
"Keputusan rayuan adalah muktamad dan rayuan calon dianggap gagal jika mereka tidak menerima sebarang tawaran rasmi sehingga 3 Julai ini," kata kenyataan itu.
-BHARIAN-