Selepas aku keluarkan entri pasal tips KEYWORD ( klik SINI ) di bulan Ramadhan ni , keyword tu tak melekat dah kat blog aku.. Hahahah. SAPA KEBAS WOIIII !! Hahahaha.. rezeki .. Kita kongsi bersama.. Apa yang Allah beri , itulah aku nikmati.. Kalau sedikit , aku jimatkan .. Kalau banyak , aku sedekahkan .. Itulah prinsip yang aku cuba pertahankan .. Tapi kadang-kadang tang jimat tu , aku hanyut.. hehehe..
Dalam dunia blog ni , macam macam perangai manusia yang cuba menjadi blogger termasuk aku .. Perangai dari dunia realiti dibawanya masuk sekali ke dalam dunia maya ini .. Nasib baik tak boleh santau guna wifi atau fiber optic .. kalau tak ? Entah berapa ramai tidur kat hospital ..
Yang baik hati.. yang busuk hati...semua ada .. Nak kenal ? Mudah jer.. G blogwalking atau bahasa pasarnya merayap ke blog orang lain .. Cari yang blog-blog peribadi.. Cerita mereka mengenai insan lain yang bergelar blogger .. Pasti akan korang temui punya ..
Aku tak nafikan kadang kadang aku pon terbabas bila bab bercerita mengenai insan insan yang bergelar blogger ni .. Perasaan geram di dalam hati yang menyebabkan aku meluahkannya dalam blog .. Itu tak sepatutnya berlaku .. Aku tak patut buat begitu sebenarnya.. Hurm..
Dalam bab penyampaian ilmu / tips , jgn bagi sekerat jalan dan membiarkan mereka terkapai kapai .. Macam semalam , aku buat tips untuk lariskan blog.. Ramai sangkakan ,aku hanya bagi setengah jalan sedangkan aku dah keluarkan dalam penceritaan aku tu .. Mereka terlepas pandang kerana bila membacanya , mereka cari POINT .. Terus menuju ke POINT tersebut maka tiada penghayatan..
Ramai blogger yang berkongsi ilmu.. Alhamdulillah .. Semoga dunia blog ini terus mekar dan terus berkembang di bumi Malaysia ini .. Makin ramai , makin meriah ..
OK.. ni segmen semalam.. Macam macam cerita ada.. boleh baca dan blogwalking sewaktu rehat sejam ni.. :) .. klik SINI ..