" Hi Ben .. Apa khabar ? "
Sms baru ku terima sejurus siap entri di blog aku tadi. Nama yang cukup tidak asing bagi aku . Pemiliknya adalah orang yang pernah aku cintai sepenuh hati tapi dikecewakan kerana aku bukanlah insan yang mampu memberinya masa depan yang cerah.
" Delete ..Reply atau Forward ? . Takkan nak Forward lak kot ? ". Jari aku mengeletar . Tak tau mana satu yang patut aku buat. Rindu padanya sudah pasti tapi aku tak ingin dikecewakan lagi. Apakah dia mencari aku hanya untuk mengubat rindunya seketika ?
Selepas habis SPM , aku terus bekerja memandangkan aku tiada minat untuk menyambung pelajaran aku tetapi 'si dia' itu telah menyambungkan pelajarannya ke ipta . Sejak itulah cinta berubah.Segalanya berubah.Namun aku tetap cekalkan hati dan bersabar serta memberinya peluang tetapi hampa.Sejak itu , aku kuatkan semangat untuk mengubah diri dan buktikan padanya aku juga setanding dengannya !
"Ah , semuanya adalah silap aku sendiri kerana fikirkan cinta mampu mengubah segalanya namun salah tanggapan aku. Putus cintalah mengubah segalanya. Dari seorang yang tiada keyakinan , aku terus punya satu azam untuk menjadi manusia yang berjaya !
" Delete " . Keputusan yang aku buat walaupun aku rindu padanya. Aku tidak mahukan cinta mereka yang mengejar duniawi ...
-SAMBUNG-