Aku nak guna bodyguard ! Atau beli senjata api ?
Walaupun keselamatan negara kita ni masih dalam keadaan terkawal , namun aku sudah mula rasa kurang senang dengan keadaan ini ..
Apakah yang berlaku sebenarnya ? Manusia semakin terhimpit ? Desakan hidup ? Atau teringin nak cepat kaya ? Jenayah semakin menjadi-jadi !
Bulan lepas, kes restoran mamak kena samun .. Dengan pelanggan-pelanggan sekali kena.. Itu yang keluar kat suratkhabar .. Yang tak keluar sbb takde bukti atau malas nak kecoh-kecoh macam samun bersenjata di stesen minyak , kedai 24 jam , cafe siber .. Haa.. banyak ni.. Dan semalam , semasa merisik pon leh kena samun ! Camana tu ??? Makin teruk ...
Tujuan aku bukanlah nak takutkan orang ramai tapi amik langkah berjaga-jaga. Malang tak berbau... Yang berbau nanti kita wooo... Perketatkan keselamatan ...
Nak beli mana satu ehh ..