Kesian ... Tu je aku boleh katakan .. Sekarang ni mungkin ramai dok selak kain pengantin baru untuk mencari 'lubang' bagi membolehkan mereka dan syaitan ketawa beramai-ramai .. Kira boleh tepuk bahu sekali la..
Malah ada yang siap doa mereka cerai ! Apa gila tu ? Islamkah anda ?? Mendoakan keruntuhan rumahtangga orang lain ? Haishhh... Kenapa la begini ? Dulu , mereka kena tangkap khalwat .. ramai ketawa... Ok la kan ? Suka la kan ? Pastu kes dibawa ke mahkamah , ternyata mereka tidak bersalah tetapi ada yang tak puashati ! kan kan ? ( Rujuk Wajah Gembira Norman, Memey Selepas Dibebaskan ).
3 tahun mereka menanggung malu.. Bukan dia je , malah keluarga mereka. Dan mahkamah sahkan mereka tak bersalah. Selesai ! Kemudian mereka bernikah dan mendapat banyak penaja. Ramai tak puashati termasuk aku gak la.. Terus terang ni.. Tak puashati sebab siapakah mereka kan ? Tapi terima la hakikat bahawa itulah rezeki mereka !!! Dah begitu yang tersurat .. Selesai .. Kita masing masing ada bahagian .
Kenapa nak bising-bising ? Ni sampai ada seorang selebriti yang aku minat kerana kreativiti dan bebelan dia , pun keluarkan kenyataan yang tak enak dibaca .. Haish... Biar je la ...
Angka yang berjuta-juta tu , betul atau salah .. mereka je yang tahu.. Mereka tipu , mereka dapat dosa .. Kalau tak suka , jangan amik tau ..
Bagi aku mudah jer... Kalau aku panggil tukang masak terkemuka dunia sekali pun datang suruh masak kenduri kat rumah aku , dia datang saja pun dah mahal.. tu belum dia mintak itu ini lagi.. haaa.. belum masak lagi tu !! Kalau dah masak ? Tak ke semua tu dikira kos ? Sponsor ke tak , semua tetap dikira kos.
Bab pakaian tu .. kita tengok asas dah la.. Diorang tu camana ? Memey tu muda lagi.. Mungkin belum sampai hidayah pada dia camana Wardina dah dapat hidayah ... Dulu Wardina pon seksi gak kan ? Tengok dalam Spanar Jaya dah la.. Tapi tuuuuuu duluuu.. Dia dah tutup buku lama.. kan ?
Kita doakan kebahagian mereka.. Kita pun sama sama mencari kebahagiaan.. Jangan terlampau mencari 'lubang' untuk jatuhkan maruah orang.. Skit skit dah la.. Ni kalau dah teruk sangat , cuba tengok diri sendiri tu .. Bagus sangat ke ??? Ni ada yang bercerita g umrah la.. haji la..tapi masih berseluar pendek.. Apa jadah tu ??
Kita mungkin bagus.. tapi jangan lupa , ada yang lebih bagus dari kita .. Ingat , kita asal dari tanah.. Ke tanah juga kita kembali.. Kau dan aku serupa.. Buat Norman dan Memey , selamat pengantin baru. Ampun maaf dari aku . Dan Abby , cepat kawin .. Kalau mamat tu tak nak kawin , cari yang lain.. Cari yang dapat membawa kita ke syurga Allah.